Pages

Monday, January 16, 2017

Noktah Cinta 3 - Syaffa Aqira

"Hello, jom kita lunch! Saya baru bangun ni."

Tapp! Aku tekan butang hantar di telefon. Sekelip mata ikon bertanda bagus di skrin telefon bertukar warna biru dan kelihatan teman wanita aku, Syaffa Aqira 'is typing'.

"Ok hunn! 5 minute ya."

Dengan pantas aku mandi dan bersiap kemas mengenakan baju band Brazac live in Tokyo dan berseluar Nudes. Sambil membetulkan rambut, aku pilih untuk memakai seutas jam berjenama Fossil 5 ATM. Segera ke garaj dan memanaskan Pontiac Firebird 7.5. Sebuah jentera yang bagus.
My friend and me Looking through her red box of memories Faded I'm sure But love seems to stick i...🎶 Di radio terpasang lagu The Verve - Sonnet. "Makan di mana ya tengah hari panas sebegini?" Aku bermonolog dalam keadaan kenderaan berkelajuan malar 80KM/J. Melihatkan jam hampir ke angka 2. Aku mempercepatkan perjalanan mengambil teman wanita aku yang sedang bersiap.

****

Pon! Pon!

Terus pintu pagarnya terbuka secara automatik, kelihatan di celah - celah RX8 dan Frankenstude Studebaker dia sudah siap memakai kasut sebelah kiri. Ini bagus, dia belajar memakai kasut cara sunnah. Segera berkejaran menuju ke kereta tanpa sempat menilik solek di cermin RX-8. Ini juga bagus, dia pandai menjaga masa kerana dia tahu aku sangat fuck kepada orang yang tidak menepati masa. "Cantik awak hari ni, nak pergi kenduri ke?" Aku mengusik manja sebelum sempat dia memakai tali pinggang keledar. "Eh awak ni, takkan saya nak pakai baju band macam awak pula. Lagipun papa saya larang pakai T's keluar rumah. Kita nak lunch di mana?" "Jom kita makan nasi sup urat keting daging bakar?" Aku memberi cadangan. "Sedap juga tu, saya tak kisah mana - mana, saya tau pilihan awak mesti terbaik." "Macam saya pilih awak la." "Eleh mengada!" Muka Syaffa kemerahan menahan malu. Sebenarnya aku sudah menempah meja di sebuah restoran mewah di tengah bandar. Sengaja aku mengusiknya makan di tempat orang kebanyakan macam aku. Ini petanda bagus.

*****

Kereta aku berhenti di hadapan valet, segera pekerja datang membuka pintu. Aku keluar mengambil tiket dan berpesan manja pada jockey "Don't scratch" sambil tangan menyeluk not 100 ke sakunya. Dia mengangkat tangan membuat isyarat don't worry i will take care as my life👌. Segera datang penyambut tetamu mempersilakan kami masuk, menunjukkan meja dan mempersilakan duduk. Datang seorang pelayan lingkungan 20-an membawa menu. "Good afternoon sir, I am your waiter this afternoon. May I take your order please?" "Relaks yaqpur salam, kau baru letak menu dah tanya nak makan apa. Relaks." Nampak kehijauan muka pelayan tersebut. "Kau tolong bawakan kacang macam meja sebelah tu dulu, boleh tahan sedap juga dia ratah. Syaff awak nak pesan apa dulu?" Syaffa menggelengkan kepala. "Air kosong dua ya!" Aku menepuk bahu pelayan mengarahnya pergi.

Untuk yang ke seratus lima puluh juta kali di depan orang kau tar...i...🎶"Hello pa, Syaff keluar lunch dengan El ni, kunci rumah Syaff letak dalam kasut papa." Syaffa memberi laporan harian kepada Dato' Fakrul. Aku buat - buat tidak dengar perbualan anak beranak itu. Lebih molek kalau masa ini aku belek menu yang tersedia, kalau ada sup perut air asam pun cantik juga. "Awak, papa nak cakap."

*bersambung

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...