Pages

Friday, January 13, 2017

Noktah Cinta 2 - Natasha

"Puas sudah kau melukakan Tiada pernah kau meyakinkan Hati ini yang selalu Mengharapkan kasihmu Ka..." Bait-bait lirik di radio Klasik Nasional aku santuni dengan lenggokan bahu kiri dan kanan, sambil tangan kiri memegang kemas stereng M3 2.5, siku kanan direhatkan atas para-para pintu, jari pula sibuk mengusap janggut. Satu jentera yang sedap dikawal ketika konar leper. Satu tahap kepuasan yang baru bagi aku, sewaktu mengendali jentera B16b suatu ketika dahulu, tangan sentiasa lincah menukar gear ketika masuk konar, kaki tak berhenti bekerja tekan pedal minyak dan brek serentak, tekan, lepas, tekan, lepas, pecut. Tapi untuk jentera seberat M3 ini, tenang sahaja situasinya. Tekan minyak, tekan, tekan dan tekan.


Hari ini aku membawa teman wanitaku bercuti di pantai, Natasha namanya, semanis nama manis juga tuannya. Kami berkenalan 3 minggu lepas, masa itu aku sedang bersiap untuk menerima anugerah Nobel Keamanan di Stockholm. Aku disapa mesra oleh wartawan yang di tugaskan membuat dokumentari tentang aku, selaku pemenang utama anugerah tertinggi ini. Dari situ kami berkenalan bertukar id Wechat dan nombor telefon. Natasha seorang yang sangat serius dalam setiap tugasannya. Dia percaya tak ada yang mustahil dalam hidup kalau kita berusaha. Aku pula menyanggah perinsipnya, aku katakan cuba awak lagakan hujung siku awak dengan telinga, cubalah, cuba. Dia tergamam bila aku berkata begitu, menyedari mukanya yang kemerahan akibat dari tangkisan itu, aku segera memohon maaf. "It's ok Mr. El, saya sebenarnya kagum dengan Mr. El.." "Please, panggil saya El sahaja, tak perlu bermister-mister, by the way apa yang awak nak cakapkan tadi?" "Saya sebenarnya kagum dengan err, El, sebab ini lah kali pertama saya dibidas dengan demikian. Tak ada lagi yang berani menyangkal apa yang saya ucapkan selama ini." Kami tertawa bersama... Menangis bersama... Ku bersumpah harap kita.. Maafkan aku ternyanyi pula pada cerpen kali ini. Kita sambung kejadian dalam kereta.


"Awak memang minat lagu-lagu sebegini ya El?" Natasha yang tadi sedang asyik berbalas komen di Instagram menyapa aku secara lembut. "Kadang - kadang lah, saya atas mood juga lagu - lagu ni. Kadang saya dengar 90-an, datang angin malam saya dengar keroncong. Kalau tension kerja saya layan Cradle of Filth atau Deftones, habis 1 album pun tak apa. Mood weekend pula saya layan Sigur Rós, tak pun Lydia." "Tak sangka ya pemenang Nobel macam awak pun layan lagu heavy masa stress, saya ingatkan awak layan Beethoven, he he." Dia ketawa manja. "Ada juga layan Sebastian Bach, ketika mencari ilham di malam hari. Kadang-kadang layan Kenny G waktu pagi, tapi bukan saya pasang, lobi hotel yang pasang." Kami tertawa bersama.


Natasha buka tingkap kereta, angin sejuk menerpa masuk membuai rambutnya yang lembut, dia berdiam beberapa ketika menikmati udara segar jauh dari kekotoran kota batu. Bukan senang dapat bersiar - siar begini, jadual kerjanya yang padat membataskan perjalanan hidup sebagai insan normal. Aku biarkan dia berbuai di angin lalu. "Awak tak suka lagu moden? Lagu moden juga ada yang berkualiti, contohnya Faizal Tahir, atau pun Ran dari Indonesia, iramanya tenang dan mendamaikan." Natasha kembali menutup tingkap setelah selesai bermain angin. "Saya juga dengar lagu moden, saya tidak anti-muzik moden, saya tak kisah asalkan sedap dengan telinga saya, saya layan. Tapi lagu palat macam Tasha Marshanda dan Aiman Tino tu saya fuck, tulis lirik macam tak habis sekolah, fuck!" "Eh pendapat kita sama la, kita ni macam two peas." Kami tertawa bersama.


"Pernahkah kau merasa, jarak antara kita..🎶" "Oh my God this is my favourite song!" Natasha melompat keriangan bila lagu Judika - Aku yang Tersakiti diputar dalam radio. "Awak tahu, saya suka lirik lagu ni, memang kena dengan saya." Natasha bercerita dengan semangat. Aku biarkan dia dengan obsesinya. Pada aku, setiap orang ada cerita yang tersendiri, dan ada lagu memujuk semangat seseorang dari terus ditekan kepalatan hidup. Natasha tersenyum girang bila aku sing along lagu kegemarannya. "Powernya suara awak, macam Judika." Aku senyum sahaja.  "Part korus bagi saya nyanyi ya El, korus dia berul-betul buat saya melting." Aku angguk melayan keletah Natasha. Sambil tunggu korus dia humming bagi mendapatkan feel. "Tthak pernahkah kau sadari,akulah yang kau sakitthi..🎶 Engkau per..." Dengan serta merta aku menekan brek rapat ke tanah, brek disk kereta panas kemerahan, kenderaan di belakang berlintangan kucar kacir mengelak dari terlanggar kami. "Kenapa El?? Ada apa depan tu sampai brek mengejut??" Natasha mengusap dadanya beristighfar berulang kali. "Kau nyanyi betul-betul!! Kau sebut 'T' betul-betul!! Pukimak apa sebut 'T' stail mat saleh!! Kau nyanyi betul-betul!!"


Selepas kejadian itu, kami berpisah secara baik dan mengikut adat kemelayuan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...