Pages

Monday, January 16, 2017

Noktah Cinta 3.1 - Syaffa Aqira (Akhir)

"Ya Dato'." "Kau tak payah berdato' dato' dengan uncle, kau dengan uncle kan dah macam family." Aku diam mengangguk walaupun dia tak nampak. "Karang balik singgah rumah uncle dulu, uncle ada dapat free gift daun terup masa flight hari tu, boleh kita main Pok Deng." "Tapi saya main colek tahu la uncle." "Ish kau datang je, lagipun uncle ada benda nak bincang." "Baik uncle, kirim salam datin." Tapp. Aku matikan perbualan. Dalam kepala aku bercadang hendak ajak Lokman dan Speing main sama, 2 orang tu kalau mengadap kad, mak telefon suruh balik pun tak dihirau.

"Papa cakap apa dengan awak?" Syaffa yang tadi gelisah akhirnya kembali tenang bila telefon sudah berada di tangannya. Payah betul kalau duduk di kedai makan tapi tangan kosong tak ada benda nak memetik, perangai budak - budak zaman moden. "Papa suruh saya jaga awak, jangan bagi orang lain mengorat awak." Aku mengusiknya. "Ye lah tu, kalau papa cari awak, ada saja benda mengarut yang dimintanya, hari tu dia suruh awak pergi Las Vegas beli kereta buruk bawa balik." Syaffa menjuih bibir comelnya. Ya benar, Frankenstude yang berada di rumah Dato' Fakrul itu adalah sentuhan Thom Taylor. '48 Starlight coupe, hood depan sambungan '51, fender depan '50, fender belakang '47 dengan enjin kacuk Chevrolet L-98 V-8 menghasilkan 400 kuasa kuda. Buruk bagi Syaffa Aqira, tapi tidak pada pandangan matahati pemuda yang teguh pendirian macam aku.

"Ini kacang yang encik pesan, boleh saya ambil pesanan sekarang?" "Kau ada cadangan menu tak?" Aku bertanya sambil sauk kacang. "Ya encik, saya cadangkan encik pesan Wagyu Ribeye ni, cik.... Boleh mencairkan sesiapa yang menyantapnya, Marbeles, ptuit!" Yaqpur salam membuat gaya seperti Wahid mengambil pesanan dalam cerita Lagi - Lagi Senario. "Bagi saya Samundari Khazana." Syaffa memilih hidangan dari Bombay. "Halal ke ni?" Aku berasa was-was. "Jangan risau encik. Kami dapat sijil halal yang paling tulen dalam Malaysia ni." Tap tap tap, pelayan membuka laman web JAKIM dan menunjukkan kepada kami. "Baik, kau bagi aku megi bodo 1, cili potong." Megi? Wagyu tadi macam mana? Chef kami dah stanby nak masak ni?" "Kau makan lah, bil tu kau cas dalam bil aku, dan benda kari yang makwe aku pesan tadi kau buat cepat sikit." "Ok sir!" Yaqpur salam berlalu pergi.

"Tadi awak kata hendak makan nasi sup urat keting. Kenapa kita ke sini pula El?" Syaffa memulakan sesi berbahas yang terhenti dari tadi. "Di situ parkingnya sangat susah, lagipun waktu semacam ni tentu kedai tengah penuh, nak ambil nasi pun kena berbaris." "Saya tak kisah pun El, janji awak ada, saya makan nasi goreng biasa pun tak apa." Syaffa meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Ini adalah suatu yang terbagus, calon begini yang selalu mak aku tekankan bila dia memberi ceramah ketika aku sedap berbaring atas katil. Syaffa senyum memandang aku yang terkesima. Aku kembali senyum.

*****

"This is your food sir, enjoy your meal." "Terima kaseh." Ucap aku sambil menggosok tangan berberapa kali. Aku selukkan not 30 ke dalam saku seluarnya. Jarang restoran mewah macam ni melayan permintaan rare macam aku. Aku kecap kuahnya sedikit, perghh.. kesedapan yang tidak dapat digambarkan dalam bentuk penulisan. Syaffa pula sedang sibuk membetulkan hidangan Samundari khazana yang baru sampai. Sekejap - sekejap dia pandang lampu, sekejap - sekejap dia ubah kedudukan pinggan. "Awak tengah cari feng shui ke tu?" Aku bertanya mulut penuh megi, telur kuning belum aku sentuh, sedap dimakan di akhir hidangan. "Saje, lighting, compo, focus, awak mana tahu benda - benda ni." Syaffa mengomel manja. Aku teruskan menyuap megi yang tinggal sedikit. Aku lihat Syaffa mengambil telefonnya dan menala ke arah makanan.

Deras aku rampas telefon. "Kau makan!! Kau makan!! Ambik gambar karang!! Kau makan sekarang!!"

Selepas kejadian itu, kami berpisah secara baik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...