Pages

Monday, January 16, 2017

Noktah Cinta 3.1 - Syaffa Aqira (Akhir)

"Ya Dato'." "Kau tak payah berdato' dato' dengan uncle, kau dengan uncle kan dah macam family." Aku diam mengangguk walaupun dia tak nampak. "Karang balik singgah rumah uncle dulu, uncle ada dapat free gift daun terup masa flight hari tu, boleh kita main Pok Deng." "Tapi saya main colek tahu la uncle." "Ish kau datang je, lagipun uncle ada benda nak bincang." "Baik uncle, kirim salam datin." Tapp. Aku matikan perbualan. Dalam kepala aku bercadang hendak ajak Lokman dan Speing main sama, 2 orang tu kalau mengadap kad, mak telefon suruh balik pun tak dihirau.

"Papa cakap apa dengan awak?" Syaffa yang tadi gelisah akhirnya kembali tenang bila telefon sudah berada di tangannya. Payah betul kalau duduk di kedai makan tapi tangan kosong tak ada benda nak memetik, perangai budak - budak zaman moden. "Papa suruh saya jaga awak, jangan bagi orang lain mengorat awak." Aku mengusiknya. "Ye lah tu, kalau papa cari awak, ada saja benda mengarut yang dimintanya, hari tu dia suruh awak pergi Las Vegas beli kereta buruk bawa balik." Syaffa menjuih bibir comelnya. Ya benar, Frankenstude yang berada di rumah Dato' Fakrul itu adalah sentuhan Thom Taylor. '48 Starlight coupe, hood depan sambungan '51, fender depan '50, fender belakang '47 dengan enjin kacuk Chevrolet L-98 V-8 menghasilkan 400 kuasa kuda. Buruk bagi Syaffa Aqira, tapi tidak pada pandangan matahati pemuda yang teguh pendirian macam aku.

"Ini kacang yang encik pesan, boleh saya ambil pesanan sekarang?" "Kau ada cadangan menu tak?" Aku bertanya sambil sauk kacang. "Ya encik, saya cadangkan encik pesan Wagyu Ribeye ni, cik.... Boleh mencairkan sesiapa yang menyantapnya, Marbeles, ptuit!" Yaqpur salam membuat gaya seperti Wahid mengambil pesanan dalam cerita Lagi - Lagi Senario. "Bagi saya Samundari Khazana." Syaffa memilih hidangan dari Bombay. "Halal ke ni?" Aku berasa was-was. "Jangan risau encik. Kami dapat sijil halal yang paling tulen dalam Malaysia ni." Tap tap tap, pelayan membuka laman web JAKIM dan menunjukkan kepada kami. "Baik, kau bagi aku megi bodo 1, cili potong." Megi? Wagyu tadi macam mana? Chef kami dah stanby nak masak ni?" "Kau makan lah, bil tu kau cas dalam bil aku, dan benda kari yang makwe aku pesan tadi kau buat cepat sikit." "Ok sir!" Yaqpur salam berlalu pergi.

"Tadi awak kata hendak makan nasi sup urat keting. Kenapa kita ke sini pula El?" Syaffa memulakan sesi berbahas yang terhenti dari tadi. "Di situ parkingnya sangat susah, lagipun waktu semacam ni tentu kedai tengah penuh, nak ambil nasi pun kena berbaris." "Saya tak kisah pun El, janji awak ada, saya makan nasi goreng biasa pun tak apa." Syaffa meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Ini adalah suatu yang terbagus, calon begini yang selalu mak aku tekankan bila dia memberi ceramah ketika aku sedap berbaring atas katil. Syaffa senyum memandang aku yang terkesima. Aku kembali senyum.

*****

"This is your food sir, enjoy your meal." "Terima kaseh." Ucap aku sambil menggosok tangan berberapa kali. Aku selukkan not 30 ke dalam saku seluarnya. Jarang restoran mewah macam ni melayan permintaan rare macam aku. Aku kecap kuahnya sedikit, perghh.. kesedapan yang tidak dapat digambarkan dalam bentuk penulisan. Syaffa pula sedang sibuk membetulkan hidangan Samundari khazana yang baru sampai. Sekejap - sekejap dia pandang lampu, sekejap - sekejap dia ubah kedudukan pinggan. "Awak tengah cari feng shui ke tu?" Aku bertanya mulut penuh megi, telur kuning belum aku sentuh, sedap dimakan di akhir hidangan. "Saje, lighting, compo, focus, awak mana tahu benda - benda ni." Syaffa mengomel manja. Aku teruskan menyuap megi yang tinggal sedikit. Aku lihat Syaffa mengambil telefonnya dan menala ke arah makanan.

Deras aku rampas telefon. "Kau makan!! Kau makan!! Ambik gambar karang!! Kau makan sekarang!!"

Selepas kejadian itu, kami berpisah secara baik.

Noktah Cinta 3 - Syaffa Aqira

"Hello, jom kita lunch! Saya baru bangun ni."

Tapp! Aku tekan butang hantar di telefon. Sekelip mata ikon bertanda bagus di skrin telefon bertukar warna biru dan kelihatan teman wanita aku, Syaffa Aqira 'is typing'.

"Ok hunn! 5 minute ya."

Dengan pantas aku mandi dan bersiap kemas mengenakan baju band Brazac live in Tokyo dan berseluar Nudes. Sambil membetulkan rambut, aku pilih untuk memakai seutas jam berjenama Fossil 5 ATM. Segera ke garaj dan memanaskan Pontiac Firebird 7.5. Sebuah jentera yang bagus.
My friend and me Looking through her red box of memories Faded I'm sure But love seems to stick i...๐ŸŽถ Di radio terpasang lagu The Verve - Sonnet. "Makan di mana ya tengah hari panas sebegini?" Aku bermonolog dalam keadaan kenderaan berkelajuan malar 80KM/J. Melihatkan jam hampir ke angka 2. Aku mempercepatkan perjalanan mengambil teman wanita aku yang sedang bersiap.

****

Pon! Pon!

Terus pintu pagarnya terbuka secara automatik, kelihatan di celah - celah RX8 dan Frankenstude Studebaker dia sudah siap memakai kasut sebelah kiri. Ini bagus, dia belajar memakai kasut cara sunnah. Segera berkejaran menuju ke kereta tanpa sempat menilik solek di cermin RX-8. Ini juga bagus, dia pandai menjaga masa kerana dia tahu aku sangat fuck kepada orang yang tidak menepati masa. "Cantik awak hari ni, nak pergi kenduri ke?" Aku mengusik manja sebelum sempat dia memakai tali pinggang keledar. "Eh awak ni, takkan saya nak pakai baju band macam awak pula. Lagipun papa saya larang pakai T's keluar rumah. Kita nak lunch di mana?" "Jom kita makan nasi sup urat keting daging bakar?" Aku memberi cadangan. "Sedap juga tu, saya tak kisah mana - mana, saya tau pilihan awak mesti terbaik." "Macam saya pilih awak la." "Eleh mengada!" Muka Syaffa kemerahan menahan malu. Sebenarnya aku sudah menempah meja di sebuah restoran mewah di tengah bandar. Sengaja aku mengusiknya makan di tempat orang kebanyakan macam aku. Ini petanda bagus.

*****

Kereta aku berhenti di hadapan valet, segera pekerja datang membuka pintu. Aku keluar mengambil tiket dan berpesan manja pada jockey "Don't scratch" sambil tangan menyeluk not 100 ke sakunya. Dia mengangkat tangan membuat isyarat don't worry i will take care as my life๐Ÿ‘Œ. Segera datang penyambut tetamu mempersilakan kami masuk, menunjukkan meja dan mempersilakan duduk. Datang seorang pelayan lingkungan 20-an membawa menu. "Good afternoon sir, I am your waiter this afternoon. May I take your order please?" "Relaks yaqpur salam, kau baru letak menu dah tanya nak makan apa. Relaks." Nampak kehijauan muka pelayan tersebut. "Kau tolong bawakan kacang macam meja sebelah tu dulu, boleh tahan sedap juga dia ratah. Syaff awak nak pesan apa dulu?" Syaffa menggelengkan kepala. "Air kosong dua ya!" Aku menepuk bahu pelayan mengarahnya pergi.

Untuk yang ke seratus lima puluh juta kali di depan orang kau tar...i...๐ŸŽถ"Hello pa, Syaff keluar lunch dengan El ni, kunci rumah Syaff letak dalam kasut papa." Syaffa memberi laporan harian kepada Dato' Fakrul. Aku buat - buat tidak dengar perbualan anak beranak itu. Lebih molek kalau masa ini aku belek menu yang tersedia, kalau ada sup perut air asam pun cantik juga. "Awak, papa nak cakap."

*bersambung

Friday, January 13, 2017

Noktah Cinta 2 - Natasha

"Puas sudah kau melukakan Tiada pernah kau meyakinkan Hati ini yang selalu Mengharapkan kasihmu Ka..." Bait-bait lirik di radio Klasik Nasional aku santuni dengan lenggokan bahu kiri dan kanan, sambil tangan kiri memegang kemas stereng M3 2.5, siku kanan direhatkan atas para-para pintu, jari pula sibuk mengusap janggut. Satu jentera yang sedap dikawal ketika konar leper. Satu tahap kepuasan yang baru bagi aku, sewaktu mengendali jentera B16b suatu ketika dahulu, tangan sentiasa lincah menukar gear ketika masuk konar, kaki tak berhenti bekerja tekan pedal minyak dan brek serentak, tekan, lepas, tekan, lepas, pecut. Tapi untuk jentera seberat M3 ini, tenang sahaja situasinya. Tekan minyak, tekan, tekan dan tekan.


Hari ini aku membawa teman wanitaku bercuti di pantai, Natasha namanya, semanis nama manis juga tuannya. Kami berkenalan 3 minggu lepas, masa itu aku sedang bersiap untuk menerima anugerah Nobel Keamanan di Stockholm. Aku disapa mesra oleh wartawan yang di tugaskan membuat dokumentari tentang aku, selaku pemenang utama anugerah tertinggi ini. Dari situ kami berkenalan bertukar id Wechat dan nombor telefon. Natasha seorang yang sangat serius dalam setiap tugasannya. Dia percaya tak ada yang mustahil dalam hidup kalau kita berusaha. Aku pula menyanggah perinsipnya, aku katakan cuba awak lagakan hujung siku awak dengan telinga, cubalah, cuba. Dia tergamam bila aku berkata begitu, menyedari mukanya yang kemerahan akibat dari tangkisan itu, aku segera memohon maaf. "It's ok Mr. El, saya sebenarnya kagum dengan Mr. El.." "Please, panggil saya El sahaja, tak perlu bermister-mister, by the way apa yang awak nak cakapkan tadi?" "Saya sebenarnya kagum dengan err, El, sebab ini lah kali pertama saya dibidas dengan demikian. Tak ada lagi yang berani menyangkal apa yang saya ucapkan selama ini." Kami tertawa bersama... Menangis bersama... Ku bersumpah harap kita.. Maafkan aku ternyanyi pula pada cerpen kali ini. Kita sambung kejadian dalam kereta.


"Awak memang minat lagu-lagu sebegini ya El?" Natasha yang tadi sedang asyik berbalas komen di Instagram menyapa aku secara lembut. "Kadang - kadang lah, saya atas mood juga lagu - lagu ni. Kadang saya dengar 90-an, datang angin malam saya dengar keroncong. Kalau tension kerja saya layan Cradle of Filth atau Deftones, habis 1 album pun tak apa. Mood weekend pula saya layan Sigur Rรณs, tak pun Lydia." "Tak sangka ya pemenang Nobel macam awak pun layan lagu heavy masa stress, saya ingatkan awak layan Beethoven, he he." Dia ketawa manja. "Ada juga layan Sebastian Bach, ketika mencari ilham di malam hari. Kadang-kadang layan Kenny G waktu pagi, tapi bukan saya pasang, lobi hotel yang pasang." Kami tertawa bersama.


Natasha buka tingkap kereta, angin sejuk menerpa masuk membuai rambutnya yang lembut, dia berdiam beberapa ketika menikmati udara segar jauh dari kekotoran kota batu. Bukan senang dapat bersiar - siar begini, jadual kerjanya yang padat membataskan perjalanan hidup sebagai insan normal. Aku biarkan dia berbuai di angin lalu. "Awak tak suka lagu moden? Lagu moden juga ada yang berkualiti, contohnya Faizal Tahir, atau pun Ran dari Indonesia, iramanya tenang dan mendamaikan." Natasha kembali menutup tingkap setelah selesai bermain angin. "Saya juga dengar lagu moden, saya tidak anti-muzik moden, saya tak kisah asalkan sedap dengan telinga saya, saya layan. Tapi lagu palat macam Tasha Marshanda dan Aiman Tino tu saya fuck, tulis lirik macam tak habis sekolah, fuck!" "Eh pendapat kita sama la, kita ni macam two peas." Kami tertawa bersama.


"Pernahkah kau merasa, jarak antara kita..๐ŸŽถ" "Oh my God this is my favourite song!" Natasha melompat keriangan bila lagu Judika - Aku yang Tersakiti diputar dalam radio. "Awak tahu, saya suka lirik lagu ni, memang kena dengan saya." Natasha bercerita dengan semangat. Aku biarkan dia dengan obsesinya. Pada aku, setiap orang ada cerita yang tersendiri, dan ada lagu memujuk semangat seseorang dari terus ditekan kepalatan hidup. Natasha tersenyum girang bila aku sing along lagu kegemarannya. "Powernya suara awak, macam Judika." Aku senyum sahaja.  "Part korus bagi saya nyanyi ya El, korus dia berul-betul buat saya melting." Aku angguk melayan keletah Natasha. Sambil tunggu korus dia humming bagi mendapatkan feel. "Tthak pernahkah kau sadari,akulah yang kau sakitthi..๐ŸŽถ Engkau per..." Dengan serta merta aku menekan brek rapat ke tanah, brek disk kereta panas kemerahan, kenderaan di belakang berlintangan kucar kacir mengelak dari terlanggar kami. "Kenapa El?? Ada apa depan tu sampai brek mengejut??" Natasha mengusap dadanya beristighfar berulang kali. "Kau nyanyi betul-betul!! Kau sebut 'T' betul-betul!! Pukimak apa sebut 'T' stail mat saleh!! Kau nyanyi betul-betul!!"


Selepas kejadian itu, kami berpisah secara baik dan mengikut adat kemelayuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...