Pages

Thursday, July 30, 2015

97 Dalam Ingatan

Tengah hari lepas Zohor aku sudah bersedia menanti kedatangan kawan-kawan membawa bekas berisi guli. Tengah hari Sabtu yang sedap untuk bermain tidak seharusnya disia-siakan dengan aktiviti tidur dan ya, jarang sangat budak-budak sebaya aku tahun 97 tidur tengah hari. Hari cuti banyaknya dimanfaatkan berjumpa di laman sosial, yang aku maksudkan laman sosial ini adalah laman rumah jiran. Bukan laman sosial mengarut dan binawe macam sekarang ni. Ketika itu tidak ada kaedah komunikasi yang khusus untuk perjumpaan, tak perlu aplikasi Whats App atau Messenger, bila kau tengok banyak basikal berlonggok tu kira ada aktiviti sedap tengah berjalan. Budak - budak sekarang apa tahu. 

Di bawah pohon mempelam depan rumah aku dah terpacak Apit Muid dan Akim Bundle dengan koleksi sebekas guli. Masing - masing dah stanby dengan pertaruhan ilmu yang tebal di dada. Pertama sekali daun - daun bawah pohon mempelam kasi sapu cantik, buat bulat dan taruh guli berapa biji. Biasanya kalau pertarungan bermaruah begini bilangan guli yang dipertaruh memang banyak dan mengiurkan.

Sedang sedap bermain tiba - tiba aku dengar suara azan dari surau kampung. Aku kerling jam baru pukul 3 lebih, aku pandang awan belum ada tanda kiamat. Jadi kepalatan apa yang berlaku di kampung hingga ada azan kecemasan waktu ini. "Itu suara Emi Che Embi kan?" Rujuk Akim Bundle. Aku mengangguk tak berapa patut.

Masa tu scene azan ni jadi menaik lepas ujian fardhu ain sekolah agama. Budak - budak ramai yang berebut nak jadi bilal kampung. Semangat Emi Che Embi jadi bilal muda ni semangat tak patut. 

Aku dengar cerita Emi Che Embi lepas azan balik rumah songkok sorok dalam baju.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...