Pages

Friday, October 26, 2012

Fenomena Tabligh

Aku sangat tekun mempelajari cara hidup kumpulan tabligh yang sentiasa bersemangat mengajak mat mat kutu ke masjid. Dalam masa sama juga aku tekun memerhati perangai mat mat kutu yang sentiasa mengelak dari bertemu kumpulan tabligh. Entah apa yang ditakutkan sangat aku tak tau, aku cuma berperasangka baik terhadap mat kutu yang kemungkinan berseluar koyak atau kepenatan baru lepas balik tebang semak samun port lepak.

Tabligh bagi aku aktiviti kerohanian yang sihat dan tidak mendatangkan mudarat pada masyarakat sekitar. Kerjanya seharian mengajak pemuda memeriahkan masjid, walaupun aku kadang kadang rela ikut jalan jauh nak balik rumah sewa sebab tak berapa rajin nak dengar ceramah berjela tabligh tapi aku tetap hormat dengan prinsip mereka. Kadang kadang aku kecewa bila ada terpampang notis di masjid terang - terang melarang kumpulan ini untuk mengadakan aktiviti di masjid mereka. Tapi kekecewaan itu tidak aku zahirkan dengan bagi pak imam makan penampar, cumalah keluhan sang kerdil yang dapat aku pamerkan. Ada juga jarang - jarang aku berfantasi pak imam balik masjid berdarah hidung makan buku lima.

Di kawasan rumah sewa aku memang selalu didatangi kumpulan tabligh memberi nasihat dari rumah ke rumah. Kebiasaan waktu penziarahan berlaku semasa aku tiada di rumah. Cuma ada sekali kumpulan tabligh datang menziarah rumah aku dan kebetulan molek aku tengah tido siang, maka kawan serumah aku yang melayan kunjungan mereka di depan pintu sambil mendengar syarahan agama sekitar 20minit dengan berseluar boxer tanpa berbaju. Aku dalam bilik buat buat sibuk baca kitab feqah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...