Pages

Friday, March 2, 2012

Judi online

Benda semacam permainan judi online ni memang jadi kegilaan remaja, peniaga makan, tukang rumah, dan juga pegawai kerajaan. Yang tak berapa into bab poker ni cuma penarik beca dan drebar kereta sapu, mereka lebih tertumpu pada acara laga ayam, judi bola dan kira bijik betik. Gua juga penah menceburi bidang judi bola dan agak lumayan juge hasilnya kalau nak dikira cuma sekarang gua lebih kepada jual beli online yang untungnya bak air mengalir.

Pengalaman mengalir air mata sambil tarik rambut memang tak boleh lari dari kehidupan seorang pemain judi. Rata rata pemain judi tegar akan lawan sehabis habisan sehingga ke titisan chip terakhir. Kalau tak kena cerita, ada sampai mencangkung atas kerusi dan situasi semacam ni memang biasa berlaku pada gua. Itu tak kira kaki lebam lebam sebab sepak kerusi tanda tak puas hati cara adunan kad oleh 'dealer' komputer.

Antara benda rutin pada pemain judi online ni adalah bangun  sewaktu mentari sedang memacak atas kepala dan mula bersiap mental. Selalunya acara berjudi online akan berakhir sekitar pukul 4 pagi dikala mata semakin rabak. Seolah tiada apa yang dapat menghentikan acara ini kecuali tidur. Ada untung boleh berlagak sama rakan, kalau kerugian besar jangan cuba ditegur, silap silap makan penampar.

Gua selaku pemain rutin bertauliah dan berprinsip teguh tidak mengamalkan perkara perkara lazim yang dilalui segelintir pemain judi berprofil rendah. Rutin gua lebih pada mencari rezeki untuk sesuap nasi dan bermain judi di meja meja yang berharga tinggi dan bermain dikalangan wanita sahaja. Ada beza bermain dengan wanita dari bermain sesama lelaki, risiko sumpah seranah lebih banyak jika bermain sesama jantina, manakala kelebihan bermulut manis lebih pada wanita.

gua malas nk taip panjang panjang.. bai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...