Pages

Sunday, January 1, 2012

Lokman

Lokman seorang atlit olahraga di sekolah rendahnya. Prestasi Lokman di dalam sukan olahraga memang diakui pendidik dan terdidik. Kecekapan, kekentalan dan kepantasan beliau dikagumi lawan. Kalau dengar nama sekolahnya, murid murid sekolah lawan yang mana berdiri megah bila dipanggil guru jasmani untuk mewakili sekolah mereka tiba tiba duduk semula dan buat buat mengecutkan tubuh. Tak kurang juga buat buat batuk tanda nak demam dan buat buat gila.

Lokman atlit harapan sekolah, cakap saja olahraga apa yang dia tak masuk. Semua sukan olahraga ada nama Lokman. Larian Lokman sentiasa memberi pingat. Lompat jauh, lompat tinggi, merentas desa, lari 100 200 400 semua lokman bolot habis. Kadang kadang timbul rasa kasihan bila budak rumah lain menangis tersedu sedu mengenangkan nasib bila balik rumah nanti sebab berlagak dengan bapanya nak dapatkan emas. Bukan setakat itu sahaja yang Lokman power, acara main guli dan bola tepuk pun Lokman chapion juga. Tapi champion setakat dalam komuniti perumahan kem askar sahaja. Lawan dengan gua menitis juga air mata Lokman bila gua skor placing bucu bola free kick. Tapi title champion kem askar memang Lokman pegang, cuma bila sebut bola tepuk memang Lokman tak berani nak pandang gua, jalan pun menunduk. Tapi mujur sukan guli dan bola tepuk tak termasuk dalam acara sukan sekolah. Kalau tidak, habislah tercalar kredibiliti Lokman sebagai champion.

Pernah juga cikgu pendidikan jasmani lawan lumba lari dengan Lokman. Lokman sambil senyum saja pintas 5 meter nak habis. Sampai akhir tahun cikgu tu tak masuk kelas ajar jasmani. Bila tiba waktu pendidikan jasmani, dia hantar wakil suruh ambil bola dalam stor sukan.

Tahun 1997 sekali lagi sekolah anjurkan sukan tahunan besar besaran dan menjemput beberapa wakil dari lain lain sekolah. Lokman mendahului senarai atlit yang mewakili sekolah gua. Senyum saja Lokman bila namanya disebut beberapa kali semasa ucapan pengetua. Pengetua harap Lokman tak menghampakan harapan sekolah. Pengetua juga berjanji akan memberikan imbuhan jika sekolah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan antara sekolah sekolah ini.

Dan ternyata Lokman tidan mensia siakan harapan yang tergalas dibahunya. Larian Lokman membuahkan emas. Kecekapan Lokman berlari dan melompat mendapat pujian dari guru guru sekolah lain. Pengetua menerima pujian dengan hidung sedikit merah merah tanda bangga. Dan acara olahraga semestinya tertumpu kepada ibu olahraga iaitu lari 100 meter.

Lokman telah  bersedia sejak petang semalam, kalau Lokman kalah dalam acara ini maka sia sialah usaha Lokman joging dan naik basikal panjat bukit sampai sembahyang time bangun sujud berbunyi kepala lutut. Lokman akan buktikan yang dia sememangnya harapan sekolah. Tidak seperti larian sebelum ini, permulaan larian Lokman pecut sehabis laju dan memang betul punya laju sampaikan lawan lawannya tertinggal 5meter. Gua sendiri macam tak percaya bila tengok keadaan semacam ni berlaku dan gua sedar Lokman betul betul dalam keadaan serius. Lariannya tiada tanda tanda mahu berkurang malah semakin menjauh dari peserta lain. Murid murid lain bersorak teruja, pengetua bangun melompat dan guru guru ada yang berteriak terharu melihatkan ketangkasan Lokman berlari dan yang penting sekali mendapatkan emas serta memecah rekod dunia acara 100meter. Lokman hampir ke penghujung dan mukanya ada sedikit senyumat kelat, mungkin agak susah nak tersenyum bila dalam keadaan serius. 


Dushhh...


Lokman tersungkur dengan sungkuran padu akibat tergelincir di 5 meter terakhir.

Sejak hari tu, Lokman join gua main bola. Dia jadi keeper.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...