Pages

Tuesday, March 20, 2012

SPM 2006

Penghujung 2005 gua bekerja sambilan di sebuah pusat membeli belah secara borong Tesco. Kerja gua menyusun barang dari pukul 6 hingga pukul 11 malam tanpa henti. Walau barang dah siap tersusun cantik di rak gua tetap kena susun juga supaya nampak rajin. Gua dianggap pekerja berdedikasi oleh pengurus pengurus dan tidak layak menerima sijil pekerja terbaik biarpun deparment gua muncul department terbaik keseluruhan sewaktu stocktake kerana gua pekerja sambilan. fakk.. untuk pengetahuan mendalam pasal kerja gua, saudara saudara boleh ke artikel ini.

Lebih 2 bulan gua buat buat rajin, gua menerima seorang rakan sejawat lepasan SPM. Kemunculan rakan sejawat yang muda pada gua membuatkan gua rasa muda, gua gelarkan Borhan sejak pertama kali bersua muka walaupun nama sebenarnya adalah Azrul. Borhan yang berasa dirinya cerdik pandai kerana bersekolah di sekolah Teknik berasa gua yang berpakaian lusuh ini tidak setaraf pemikiran dengan beliau. Gua katakan yang umur gua dengan Borhan adalah sebaya iaitu sedang menunggu keputusan SPM dan ambil kesempatan untuk menimba pengalaman bekerja. Raut muka Borhan nampak ceria dan beria untuk berkawan dengan gua. Gua senyum saja dan tenang menghembus asap rokok ke meja sebelah masa rehat di kedai mamak. 

Penipuan umur gua berlarutan sehingga ke hari keputusan SPM diumumkan. Borhan yang pada hari itu bercuti datang ke tempat kerja mencari gua dengan muka yang ceria. Gua tenang memberitahu yang sekolah gua terlalu jauh untuk gua pergi mengambil keputusan SPM dan memakan masa seminggu untuk sampai ke sekolah gua maka gua tak dapat bercuti. "Aku dapat tak banyak.. 8A1 je" Temberang gua penuh yakin. Borhan yang mendapat 4A merasa amat kecil dihadapan gua.

Sejak hari itu hormat Borhan pada gua bertambah mendalam, kerja kerja menyusun barang beliau selesaikan tanpa gua suruh. Dan gua boleh ke department lain untuk mencari perempuan untuk di ajak berbual.

Sebulan sebelum gua berhenti, gua beritahu Borhan yang umur gua 21. Dan sekarang 2012, apa benda gua cerita memang beliau tak percaya langsung. Borhan Borhan, hati kau keras. Mungkin sebab beliau bengang dengan gua temberang beliau yang gua pun daftar UIA jurusan Undang undang. Beliau pun daftar jurusan sama dengan gua sebab nak gua jadi rakan belajar beliau.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...