Pages

Monday, December 19, 2011

Fesbuk

Fesbuk bagi gua satu tahap evolusi teknologi yang meningkat. Bukan senang nak membina empayar sosial berkapasiti tinggi, selagi takde modal tak payah nak mimpi lu orang dapat jadi kaya goyang kaki dan mengurut spa tiap tiap minggu. Cara tata budaya semakin pesat bertukar arus, bulan ni pakai sleng ni, bulan depan ada ayat baru pulak. Gua percaya orang kerja Dewan Bahasa dan Pustaka makin pening nak menaip masuk data baru dalam kamus bahasa seraya berlari ke kedai mamak pesan teh tarik, kemudian sembang pung pang pung pang sambil tangan karate meja. Tekanan begini bagi gua sangat biasa pada pekerja kerajaan marhein.

Fesbuk boleh jadi medan mengeratkan silaturrahim, perkelahian, pertemuan rakan lama, dan juga mengorat bagi budak budak baru habis PMR. Jejaka lagaknya kemas statusnya jarang sangat merendah diri, yang gadis pulak seminit sekali tukar gambar profil.

Tapi teknologi fesbuk ni kadang kadang boleh buat kita berigat yang pelik pelik. Aktiviti seharian kita kalau tak ditapis akan jadi bualan sendaan rakan rakan dan paling koman dibuat bual sebulan. Gua bukan main main bab ni. 

Kah kah kah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...