Pages

Friday, December 16, 2011

Penggodam Jelita


Gua bab bab makwe ni kadang kadang gua lemah sikit. Lagi pulak makwe cun. Tapi dalam berahi tu gua pun beringat jugek, mana boleh main sebat je. Sebenarnya yang tengah berkonfrontasi dengan gi ni adalah salah sekor hacker chip poker. Poker bagi masyarakat berinternet tidak asing lagi adalah berjudi secara maya. Sistem perjudian serupa macam biasa cumanya gua boleh main dengan orang putih tanpa perlu ke Texas. Peh kalau pakej bulan madu pun macam ni punya senang tak payah nak pungah pungah bag bagai, memang komfem gua tolak awal.

Gua kalau dengan makwe memang tegas, sape sape yang pernah merasa jadi makwe gua memang makan maki tiap tiap hari. Tapi setakat maki je la, gua tak berani nak bertumbuk. Al kisahnya gua tengah menang besar dalam permainan judi maya ni dan semendang macam tahu je gua tengah menang, makwe ni datang tegur gua nak mempromosi iklan facebook dia. Kadang kadang gua fikir apa kejadah main iklan iklan ni, gua lagi suka usaha dengan tulang sendiri. Biar patah tulang berlipat urat tapi berat tulang beriak raja. Ok lupakan pantun gampang ni.

Dalam banyak banyak kawan fesbuk kenapa pilih gua? Sebab gua hensem? Atau sebab gambar utama gua tu pakai baju kot pegang kamera? Atau gua yang berimejkan alim di fesbuk? Tapi gua rasa jawapan paling power sekali adalah sebab gua baru lepas gua menang besar di Poker. Celaka betul makwe makwe zaman teknologi ni semua pandang kebendaan. Setakat menang judi maya takkan makwe dah tangkap lentok sama gua.

Gua kalau boleh tak nak termakan pujuk rayu makwe tapi bila makwe tu buat gaya merajuk, ini yang paling gua lemah. Sifat kesian dalam diri gua ni memang terpupuk dari kecil. Dan bila gua tekan benda iklan tu memang benda pertama sekali gua pergi check adalah akaun judi gua, dan macam gua syak, duit gua hilang. 

Gua dengan rasa power pergi tegur makwe tu dan memang makwe tu tak tahu apa benda pun. Dashat juga penggodam ni mainkan perasaan gua dan gua tak boleh nak salahkan makwe tu. Cuma gua rasa macam nak belasah makwe tu bila gua perjelas perkara macam ni secara serius dan jawapannya hanya "per2 je lah!". Kalau ada depan gua memang gua bagi siku kat telinga dia.

Lepas ni mana mana makwe yang tegur gua memang gua angkat fak walau tegurannya bersifat menekel atau minta nombor telefon. kah kah kah 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...