Pages

Tuesday, June 7, 2011

Pecah

4hb 6 lepas gua hadir memberi sokongan moral pada member gua yang menikah. Kendurinya 4hb dan 5hb dan gua pilih hadir pada 5hb disebabkan 4hb gua punya sepupu menikah. Gua bertolak lewat petang disebabkan kerja kerja pengkendurian yang dijalankan sehingga lewat petang. Selain kerja kerja menghidang lauk dan topap nasi, gua juga menjalankan kerja sambilan menjawap soalan berbaur puaka dari teman teman abah gua. Gua tau la adik sepupu gua yang kawin. 

Selesai kenduri, dengan muka bersepai gua mandi dan ambil 2 3 helai baju yang gua rasa perlu.  Langsung ke kenderaan yang akan gua pandu untuk ke Kulim Kedah. Salam salam sama mak abah dan terus pecut ke jalan besar. Keadaan trafik dikala cuti sekolah ni memang lain macam dia punya runcing. Tapi memandangkan gua malas nak menempuh perjalanan malam di atas Banjaran Titiwangsa. Gua terpaksa buka balik kitab memandu secara cepat. Makan masa juga nak menyesuaikan diri selepas 3 bulan gua tak sentuh stereng kenderaan gua.

Perjalanan yang lancar dengan aksi memotong kenderaan lain terganggu dengan keadaan kenderaan di jalanan yang sesak dan gua terpaksa berhati hati dengan pemandu wanita yang nampak gaya cuba membiasakan diri dengan sistem brek gaya ABS. Dia punya brek tu boleh tahan juga buat gua cuak seraya menyumpah nyumpah sambil ketuk stereng.

Gua melepasi persimpangan Gerik pukul 9.30. Dan teman sekutu yang sedia menunggu di Kulim menelefon bertanya khabar dan bergurau senda dengan gua sambil menanya bila gua nak tiba sehingga gua dilabel cakap macam keling. Faking lu musim cuti sekolah macam ni memang banyak manusia atas jalan raya. Kalau kereta gua boleh terbang memang gua tak lepaskan peluang menikmati keindahan malam dari atas udara.

Dan gua terpaksa mempercepatkan perjalanan Pengkalan Hulu - Kulim selama sejam. Kira kira pkul 10.25 gua sampai dan singgah meminjam tandas di Kedai makanan segera yang sangat popular di Malaysia. Orang Malaysia banyak tanam padi tapi masih ada yang rela bersesak sesak menunggu kaunter semata mata nak merasa makan dua keping roti, daging yang entah bila punya masak dan sayur busuk. 

bersambung..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...