Tahun 2006 masuk tahun ke 3 gua menuntut di kolej Ipoh. Dan tahun ketiga gua selebret puasa dengan kutu2 sewaan rumah bersama. Dan tahun ketiga gua menyaksikan Matyi tak puasa, dia cuma puasa sehari pada 2004, itu pun kes tido siang dan lajak sampai maghrib terus berbuka. Seperti puasa tahun lepas bila saja waktu rehat. Matyi akan bergegas ke kedai persanjung, dari jauh mamak persanjung melihatkan snyuman dan memanggil manis nama keri untuk dibungkuskan nasi berpelastik hitam pekat.
Maka seusai rehat akan berbau kari mamak yang melekat di tangan keri, gua kadang2 ada juga mengikut jejak langkah Matyi tapi bukan tiap2 hari. Cuma ketika gua tak dapat menangkis godaan iblis. Tahun 2006 gua bertekad dengan sedaya kemampuan untuk melawan cabaran iblis.
Selang 15 hari puasa memang perit dengan haruman nasi mamak yang dibawa balik Matyi ke rumah sewa. Tapi gua pandang enteng benda2 semacam tu. Setakat kari mamak gua tak goyang. Matyi senyum sinis sambil tangan gaul kari sama nasik.
Puasa ke 20 Matyi pelawa gua buka puasa tengah hari. Gua tolak memandangkan gua tak berminat dengan pujukan iblis. Dia senyum lantas keluar beli makan tengah hari. Di bawa balik makanan berlebih lebih. Gua pun makan dengan lahap. Celaka banyak duit beli Kfc.
No comments:
Post a Comment