Kebiasaan aktiviti gua seharian adalah melepak dan pekena teh kedai mamak. Hobi ni gua praktikkan selepas gua berhenti dari kerja. Feel melepak tu memang datang sendiri lepas 2 3 jam berbual. Rokok memang gua sediakan awal untuk modal hilang kacip. Selalunya aktiviti melepak akan selesai bila habis gelas kedua dan stok rokok berkurangan.
Kebiasaan tempat gua melepak memang banyak kucing. Dan gua selalunya memang tak ambil endah benda benda semacam kucing ni. Setakat kucing berpaut di seluar tu benda biasa. Gua cuma akan bertindak garang bila kucing dah mula naik ke meja mencuri lauk. Itu time memang gua kasi jentik telinga.
Dan kebiasaan gua bila berbual hal serius, gua sentiasa berpegang pada sepucuk rokok yang menyala. Baru idea perbincangan mari. Sambil bagi idea bernas tentang topik yang dibincang, sambil mulut penuh asap dan keluar bagai naga. Perbincangan serius ni sukar difahami rakyat berjiwa marhean. Lebih menjurus kepada masalah jati diri peminat bola sepak dan hal betterman naik mesin lumba kuda dengan berat badan melebihi 150 kilo. Perkara ngorat mengorat hanya gua bincangkan dalam fesbuk.
Sambil berbual gua hulurkan cebisan daging pada kucing yang menanti. Galak kucing menerkam dan berlaga laga kepala berebutkan daging yang dah bercampur pasir. Gua pandang sambil geleng kepala. Kalau nak ikutkan kucing ni bukan kucing liar. Kucing yang tuan kedai bela, tapi laparnya lebih daripada kucing Somalia.
Tiba tiba seekor kucing menggelupur sambil kaki menyapu mulut. Gua jadi kaget sambil meneka musibat mana yang sanggup bagi kucing makan racun. Gelupurnya macam sawan. Gua pandang dengan rasa kesian. Nasib lu la kucing.
Gua sambung menghayati ranuman rokok, dan gua dapati api dah terpadam. Gua pandang ke lantai dan nampak puntung rokok yang berapi bertabur. Gua pandang kucing dengan geleng kepala. Kadang kadang kucing pun ada buang tebiat makan api.
No comments:
Post a Comment