Pada semester ke-4 penghujung tahun 2005 gua telah berhijrah keluar dari kediaman puaka yang pihak kolej sediakan untuk gua dan kutu kutu lain. Gua memilih lokasi di Taman Chempaka, berhampiran politeknik disebabkan kawasan tersebut berpotensi dijadikan kediaman remaja macam gua. Potensi untuk mendapat makwe juga berkadaran tinggi.
Oleh disebabkan pinjaman bulanan gua agak cukup cukup makan. Gua bersama member gua, Mutex mengambil keputusan mencari kerja sambilan untuk meneruskan hidup, sekaligus menampung kos sewa rumah, makan makan, jalan jalan, dan juga berfoya foya.
Gua dan Mutex diterima bekerja di syarikat indutri milik penuh Jack Cohen, bahagian DIY, kaya tak kaya mamat ni ada 4811 buah cawangan. Kalau gua ada banyak tu. Gua passing sebijik sorang kat adik beradik gua. Yang lebih gua pegang, cukup modal, gua buat beli North Carolina, KD Tun Razak? Nak menyelam pun tak lepas. Kerajaan bukan pandai sangat belanjakan wang rakyat.
Kerja gua bermula pukul 6 petang dan berakhir pukul 11 malam. Hujung minggu berakhir pukul 1 pagi. Dan gua diberikan rehat selama sejam dari pukul 8 hingga pukul 9. Ini menyebabkan kebanyakan pekerja buruh lain berasa tersinggung kerana pekerja berstatus separuh masa macam gua sepatutnya tidak dibenarkan rehat. Rehat gua hanya bertemankan roti canai dan tembakau cetusan idea Alfred Dunhill. Kalau ada rezeki, pengurus gua belanja nasi kandar. Itu time gua tibai masukkan aneka lauk pauk yang tersedia.
Dengan duit gaji hasil pekerjaan gua dan Mutex, rumah yang kami diami kelihatan meriah dengan beras dan telur yang berlebihan. Kadang kadang ada juga 4 5 botol air bergas keluaran tesco. Maka berseri seri wajah kutu kutu lain yang tidak bekerja dan menghitung hari gaji gua dan member sekerja.
Apabila giliran gua masuk kerja, staf sepenuh masa akan berkelakuan seperti majikan dan mengarahkan pekerja separuh masa untuk menyelesaikan urusan selebihnya. Manakala mereka lebih suka berkeliaran ke bahagian lain dan bersembang dengan makwe makwe sambil tangan seluk poket, betul betul rambut kasi pacak dan ada segelintir bertanding lawan angkat berat di bahagian tempat gua bekerja.
Karier gua sebagai buruh tesco berakhir selepas gua menyambung pengajian ke semester 5. Itu jam pengurus gua menangis tersedu sedu sambil merayu supaya gua dan Mutex tidak meneruskan hasrat untuk berhenti, sambil sambil tangan cuba menggosok perut gua. Pengurus gua seorang lelaki yang mempunyai nafsu terhadap lelaki. Mujur gua bukan dalam kategori pemangsanya.

No comments:
Post a Comment