Pages

Sunday, May 1, 2011

Selamat berehat para buruh

Gua juga pernah bekerja secara rasmi dan tidak rasmi, formal dan tidak formal, gua peduli apa status pekerjaan gua dipandang remeh oleh segelintir masyarakat. Gua kecik kecik dulu dah bekerja, jual botol tu pun salah satu kerja, jadi gua berhak cuti di hari buruh. Kerja yang betul betul makan gaji yang gua pertama gua buat adalah di Tesco, sewaktu gua semester 4. Kemudian gua bekerja di kedai pakaian dan stiker kereta semasa ambil subjek ulangan pada semester 7. Sehabis pengajian, gua bekerja di sebuah syarikat swasta di kota bharu selama setahun.

Kemudian gua bekerja di sebelah bangunan syarikat swasta berkenaan, syarikat swasta juga. Dua dua syarikat ni berteraskan politik. Kemudian gua berkecimpung dalam bidang fotografi. Gua mengumpulkan sekutu dari syarikat lama dan menubuhkan kumpulan fotografi amatur. Di samping itu gua juga bergiat aktif dalam radio internet. 

Kemudian gua di ambil bekerja di salah satu syarikat kerajaan. Gua bekerja tak lama, dalam 4 bulan. Sebab gua tak berapa serasi dengan cara bekerja ala korporat.

Dan sekarang gua dah setahun lebih jadi kutu. 

Selamat hari penganggur bagi gua.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...