Pages

Monday, April 18, 2011

Kerja Kerajaan

Penghujung tahun 2009 gua dilantik menjawat jawatan Penolong Pegawai di salah satu Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan. Tawaran perlantikan ni gua pertimbang secukup rasa, gua sangat memilih untuk bekerja. Walaupun seumur hidup gua memang gua langsung tak mengimpikan bekerja memakai baju kemas bertali leher seluar licin dan yang penting sekali masuk mesyuarat angguk angguk kepala kemudian makan kuih, kalau ada rezeki gua pekena mi goreng. Gua memikirkan balik tawaran perjawatan tu berikutan faktor ekonomi gua dan kehendak nafsu untuk makan sedap.

Tawaran ni memang gua dah reject 2 3 kali sebelum ni. Atas alasan gua masih belum bersedia untuk memberi komitmen. Gua kalau kerja, gua kasi 200%. Gua memang serius kalau bab kerja ni. Sebab tu gua tolak kalau gua rasa gua tak mampu memberi yang terbaik. 

Tapi gua terima juga tawaran ni, pertama sekali gua nak menolong member gua yang masa tu tengah terkial kial cari designing partner kat syarikat kerajaan tu. Gua juga perlu melalui sesi temuduga. Itu pun gua datang lewat. Bukan gua sengaja tapi gua tersalah dengar tarikh. Sebelum ditemuduga, gua ditempatkan di satu bilik khas bersama dengan beberapa wanita. Nampak macam peserta temuduga juga. Ada yang sibuk hafal rukun negara, ada juga yang bawa hasil kerja sebesar alam, dan tak kurang ada yang sibuk menempel gincu di bibir. Gua sorang lelaki apa hal? 

Gua? Gua cuma bawa beberapa helai kertas resume, itu pun gua print dari jobstreet. Peserta lain dia punya dressing memang ada gaya pegawai. Gua cuma ada sehelai baju kemeja dan kasut kulit yang baru gua cuci pagi kelmarin. Harapan untuk gua berjaya menjawat jawatan ni memang tipis. Dressing gua lebih kepada kerani am. Gua perhati seorang demi seorang yang keluar dari bilik temuduga dia punya pucat lain macam. "Awak bawa apa untuk interview?" Tanya sorang awek yang baru lepas betulkan gincu. "Ilmu di dada" Jawab gua selamba. Awek tu terus karate gincu.

Lepas sesi temuduga, gua pekena teh dengan member gua. Sambil sambil berbincang hala tuju syarikat, padahal gua tahu gua memang takde harapan nak bertanding jawatan tu. Gua malas nak cerita panjang bab temuduga ni. Menyakitkan kepala.

Seminggu lepas tu di kala matahari terpacak di atas kepala, gua dapat panggilan telefon mengatakan gua diterima untuk mengisi kekosongan jawatan. Faking hell gua tak percaya langsung. Dengan gaya kutu dapat atasi makwe makwe dressing lain. "Cik jangan main main cik. Saya baru bangun tidur ni cik buat lawak pulak" Gua membalas secara pukal. Makwe tak makwe semua gua libas kalau kacau gua time gua pekena tidur.

"Betullah encik, tahniah encik ditawarkan sebagai Penolong Pegawai Komunikasi Korporat di syarikat kami" Makwe tersebut membalas secara manja. Gua terpinga pinga, dalam hati ada rasa nak terjun bangunan, nak gelak besar pun ada. "Minggu depan encik lapor diri" Sambung makwe tu lagi. "ok" Gua balas ringkas, malas nak bertekak. 

Gua sambung tidur.


Amacam? Ada gaya CEO tak gua?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...