Bola memang sebahagian dari hidup gua, Gua memahami pengertian dan makna menyepak bola pada tahun 1995. Seperti kanak kanak lain, gua bermain dengan kaki ayam. Port wajib untuk kanak kanak zaman gua adalah padang tepi sekolah agama perumahan gua. Padangnya bersaiz court futsal dan berduri. Perkara pijak duri ni gua pandang enteng, setakat duri phon semalu tak terasa mana dikala kaki sedang sibuk menggelecek dan otak berpusing ligat mencari waktu sesuai untuk melepaskan sepakan kencang ala ala Azman Adnan. Waktu tu brader Azman Adnan memang tengah naik. Bila terlepas bola, baru terhencut hencut mengaduh sakit pijak duri. Beli bola hasil perkongsian 2ringgit seorang, bola getah hitam putih. Sekali tendang, kaki merah macam kena gigit semut api.
Sejak dari 1995, gua bergiat aktif dalam sukan bola sepak hingga penghujung tahun 2007. Pada 2008 gua telah mula bekerja di Kota Bharu dan aktiviti menyepak bola terpaksa gua pendam. Faktor kerja yang tak menentu dan juga faktor gua yang baru berhijrah ke kampung halaman sendiri. Masa tu gua memang takde kawan. Hidup gua hanya ditemani komputer dan kerja. Bosan melampau. Gua mula berjinak jinak berkawan dengan warga Kota Bharu pada awal tahun 2009, kebetulan kutu yang ber'praktikal' di tempat gua bekerja adalah kaki bola dan bergiat aktif dalam aktiviti kelab penyokong bola sepak.
Hasil dari perkenalan, gua mendapat kawan baru yang mempunyai sama minat dengan gua. Gua dapat berkawan dengan beberapa kutu yang bekerja di kiosk dekat dengan stadium. Dan dari situ jadual hidup gua berubah. Selalunya slepas habis kerja gua akan terus pecut pekena baring di rumah. Bila mengenali sekawan kutu ni, aktiviti petang gua adalah melepak di kiosk sambil menyaksikan kutu2 ni bekerja dan juga pekena neskafe. Dan sekali dua gua diajak bermain futsal. Kegiatan bermain futsal pada masa tu belum aktif mana. Setakat melepas batuk di tangga. Court futsal di Kelantan boleh dibilang dengan jari. Cuma pada penghujung tahun 2009 baru futsal jadi scene yang mendadak naik.
Gua yang terbiasa dengan corak permainan ala ala Ronaldo di era kegemilangannya terkial kial menyesuaikan diri dengan skil permainan warga Kota Bharu. Serba tak menjadi. Susah juga nak berkomunikasi sesama pemain. Cuma sekarang gua sedikit serasi, itupun kadang kadang rembat bola macam celaka punya slow. Awal Januari 2010, amin, rakan kutu yang juga bakal tauke kedai printing ajak gua pekena bola padang. Teruja yang amat dan gua terus setuju. Kalau dikira, tempoh persaraan gua dari bola padang kira kira 2 tahun. Satu tempoh yang agak lama untuk pemain berstatus bintang macam gua.
Gua terpaksa hafal semula skil skil lama gua yang dah berkarat. Posisi gua sebagai penyerang. Dengan kepantasan setanding Ryan gigs di zaman muda.Mudah gua melintasi pemain pertahanan lawan. Kadang kadang kelajuan gua melebihi kelajuan bola. Kucar kacir gua patah balik kutip bola yang tertinggal. Dan sebagai pemain 1st Eleven, streching sangat penting bagi gua untuk mandapatkan fitness yang solid.
Tapi semalam, gua bermain tanpa streching, disebabkan lewat kes kesesakan lalu lintas. Gua terus masuk ke padang. Pemain simpanan yang girang sebab tak nampak kelibat gua pada awalnya terpaksa tunduk mata berkaca. Jeling dengki sebab gua sampai sebelum pengadil memulakan perlawanan. Gua terus buang puting rokok dan berlari angkuh ke posisi gua.
10 minit bermain, gua terhencut hencut keluar padang. Gua terpaksa berhenti dari larian kencang yang boleh membawa gol. Sistem saraf gua tak berfungsi dengan baik dan berkelakuan di luar tabi'i. Gua hanya mampu manjadi penonton dalam keadaan mata berkaca sambil urut paha.Sumpah gua menyesal tak panaskan badan.
Fisio melakukan sesi terapi ke atas pemain bintang
Fisio melakukan sesi terapi ke atas pemain bintang
No comments:
Post a Comment