Seingat gua, kali terakhir gua merentas desa pada tahun 2001. Gua dapat nombor 10. Itu pun kena paksa. Gua bukan minat sangat benda benda semacam lari ni. Baik gua main bola. Bagi gua stamina main bola lagi kental dari berlari merentas desa, kalau lari 10 kilometer, tak sampai 5 kilometer gua dah berenti. Takkan gua nak menapak balik ke tempat asal. Kurang kurang gua buat muka tak malu tahan lori ikan.
Tapi disebabkan gua perlu mengembalikan kadar kecergasan gua sesegera mungkin. Petang tadi gua bersama Amin tokey printing telah memutuskan untuk mencuba pendekatan berlari lari di kompleks sukan Panji. Projek petang itu dipandang serius memandangkan faktor sistem saraf gua yang belum dapat berfungsi dengan kadar berpatutan. Dan juga faktor gua sekarang menjadi taruhan rakan sepasukan untuk perlawanan persahabatan menentang Koreng Fc jumaat ini.
Gua yang tak pernah tau adanya kompleks sukan di Kota Bharu merasa sedikit teruja bila saja sampai ke situ. Pandangan gua terus terarah kepada bonjolan bonjolan dan paha paha kaum berlawanan gua. Pehh.. Boleh tahan juga member gua ni pilih tempat nak memulihkan kecederaan. Ini macam, hari hari pun gua sanggup turun. Dengan berbekalkan kasut futsal, gua memulakan aktiviti regangan ala ala ronaldinho di bilik persalinan. Makwe makwe yang melintasi gua kagum dengan kehandalan gua melakukan regangan. Tapi gua buat buat jual mahal. Fokus gua lebih kepada memulihkan paha gua yang masih sedikit sakit.
Selesai regangan, gua cuba untuk berlari. Serius gua cakap, gua belum ada keyakinan untuk lari. Gua mulakan dengan lari lari anak, kadar kelajuan sekitar 10kilometer sejam gua rasa sudah memadai untuk pesakit sistem saraf macam gua. Larian malar dan kawalan pernafasan mantap memastikan gua dapat melepasi round pertama. Gua sedikit senyum bila sistem saraf gua berkeadaan stabil. Dalam kepala berkira kira untuk menaikkan kadar kelajuan kepada 20kilometer sejam, bila masa gua sprint, sistem saraf bereaksi negatif dan gua terpaksa berjalan menuju ke tempat permulaan. Dalam hati menyesal sebab terburu buru.
Gua kembali ke petak permulaan dan melakukan regangan ringkas. Sambil mata liar memerhati aneka tubuh yang melintasi gua. Dalam kepala rasa tak menyesal buang masa petang petang di kompleks sukan. Kutu kutu yang bersama ikut serta dalam sesi regangan sambil berbincang hal hal bola sepak dan kenapa Deli begitu angkuh dalam berbicara soal pasukannya seri ke atas pasukan lawan petang kelmarin. Ek eleh, baru seri dah berlagak.
Selesai aktiviti petang, gua langsung ke gerai ayam dan memesan 2 ketul ayam, kentang putar, dan dua gelas air.
No comments:
Post a Comment