Pages

Wednesday, March 30, 2011

Hujan Mac

Gua catat masa peribadi terbaik bagi acara bangun pagi, rekod peribadi gua sebelum ini 11.45 pagi telah gua padamkan dengan catatan masa baru, 10.15 pagi. Sesuatu yang patut gua bangga. Reputasi tidur gua selama 2 hari tidak terganggu telah mendapat pujian di peringkat global. Kalau Mark Zukerberg tahu gua tidur lena selama 2 hari ni, gua yakin dia cemburu bertubi tubi. Ada rasa penyesalan disebalik penciptaan Facebook. Dia pun tak sangka Facebook jadi benda penting dalam hidup manusia, terutama rakyat malaysia. Bangun pagi tak buka Facebook memang tak sah, pasang internet, beli broadband semata mata nak main Facebook. Pehh boleh tahan juga penangan laman sosial ni. 

Gua perhati langit pagi ni cukup mantap, ada nampak awan awan kepul. Awan guling gua rasa takde, gua minat juga baca Dragon Ball tapi belum sampai terpengaruh benda benda karut semacam itu. Tak buang masa, gua tarik kain tuala, ikat kasi kemas dan berjalan riak depan tok gua. Tok gua yang sibuk meraut daun nyior terkebil kebil tengok gua masuk bilik air. Kecebur! Kecebur! Air percik merata, tok gua geleng kepala bila gua keluar bilik air. Gua buat buat riak sambil tahan gigi dari berlaga. 

Bersiap ala kadar, gua terus ke motosikal gua. Sekali henjut saja, enjin hidup. Ini benda yang patut gua rasa bangga. Sebab member gua pernah pinjam motor gua dulu, katanya nak pergi beli roti, setengah jam kemudian dia datang balik dengan keadaan berpeluh. Katanya dia pergi kedai jalan kaki, motor gua tak boleh nak hidup. Gua kesian juga, tapi lumrah motor gua, penunggang profesional saja yang mampu tunggang motor ni.

Gua semacam hari hari biasa menuju ke kedai perusahaan member gua, cuma hari ini sedikit awal, anjakan paradigma. Perjalanan gua takde yang menarik, lalu jalan yang sama, kadang2 terpercik air dari kereta, kadang kadang bau tong sampah, dan kadang kadang bau minyak wangi awek yang pintas motor gua. Selalunya time time macam ni hujan, tapi disebabkan cuaca cerah, gua tunggang dengan kadar kelajuan orang pergi masjid.

Sampai di kedai, hujan turun dengan lebat, lebat dia kalau lu orang tadah besen, tak sampai 5minit sudah boleh angkat buat mandi. Serta merta gua teringat nasib kereta gua yang di bengkel. Gua harap pomen jaga elok elok kereta gua, satu satunya harta yang gua ada. Nak harap benda lain memang gua dah tak mampu nak beli. Khamis minggu lepas pomen kata kereta gua dah masuk bengkel cat. Tapi gua terasa juga nak menjenguk kereta, mana tahu dah siap. Boleh juga gua amik gambar lebih kurang lepas tu post di Facebook. Mana tau ada awek awek yang tergoda dengan gua. Pehh. Boleh gua ajak keluar jalan jalan. Keluar jalan jalan saja, lepas tu balik rumah. Nak makan? Sendiri beli. Gua takde masa nak belanja. Gua bukan ada duit.

Gua call pomen, James Bond. Dia di Pahang ada urusan. Katanya kereta dah masuk bengkel cat. Gua diam. Minggu lepas masuk bengkel minggu ni belum siap lagi, apa cerita? Gua bukan ahli pemikir mahupun pakar hipotesis. Tapi selama gua hidup jarang sangat firasat gua salah. Gua rasa jawapan yang pomen gua bagi belum cukup ampuh untuk menangkis anggapan gua ni. Petang tu juga gua dengan kutu2 gua bergerak ke bengkel pomen.Dari jauh gua nampak kereta warna merah belum bersalin kulit dan belum bercat. Dalam kepala gua dah terbayang pomen terbaring atas jalan tar kena penangan aura langit ke-enam gua. Pehh.  

Nampak gaya gua kena menunggang lagi sebulan. Musim hujan ni woi!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...