Petang asar yang agak agak sedap untuk pekena baring. Kanak kanak riang sudah siap berpakaian lengkap ke padang permainan. Baju sukan, seluar sukan panjang, tidak dibenarkan menyenteng seluar atau akan dikenakan penampar oleh warden. Aku yang kebetulan terlewat untuk menunaikan solat asar secara berjemaah segera ke musolla sekolah. Ada tugasan penting yang harus aku selesaikan selaku pelajar tingkatan 2 pada waktu itu. Isi borang untuk peperiksaan KAFA untuk tingkatan 3 tahun depan.
Musolla sekolah aku ditempatkan bersama sama dengan kantin. Kantin dibawah dan musolla di tingkat atas. Apabila selesai solat. Pelajar boleh ke kantin untuk minum petang. Kadang kadang ada karipap, kadang kadang bubur. Bila menunya karipap, aku makan. Kalau menu bubur. Aku balik tidur. Sebab kantin tak sediakan pinggan, pinggan telah diagihkan untuk pelajar simpan sendiri. Maka tidak ada lagi masalah pinggan tak cukup atau pecah.
Ada juga segelintir kutu yang lewat menunaikan solat macam gua. Aku memilih untuk solat sendirian memandangkan muka muka teman seangkatan aku yang memang tak boleh diharap untuk dijadikan pemimpin dalam solat. Aku? Lagi tak boleh harap. Aku pernah sekali diangkat menjadi imam oleh segelintir pelajar yang lewat. Itu pun aku sedang berada dalam rakaat terakhir.
Selesai solat aku duduk berwirid. Masa ni aku masih berkelakuan di dalam tabi'i. Di sebelah aku ada sepasang kawan yang sama solat sendirian. Aku perhati dua sekawan ni, sorang nama Amin, sorang nama kayu. Nama Kayu itu diambil sempena mukanya yang menggerutu semacam kayu. Nama betul haram aku tak tahu.
Kayu pada rakaat kedua sepatutnya melakukan rukun yang sepatutnya. Tahiyat awal. Tapi oleh kerana dia mempunyai masalah ingatan yang sangat bebal. Dia terlupa, manakala Amin mengerjakan ibadah rakaat kedua dengan sempurna. Maka kedua kawan ini kusyuk mengerjakan ibadah solat Asar secara sendirian. Cuma mungkin faktor Kayu yang membaca surah dengan kadar perlahan menyebabkan Amin yang ketinggalan pada rakaat kedua pada awalnya akibat keterlupaan tahiyat awal Kayu mendahului penghabisan tahiyat akhir dan salam sebelum Kayu.
Itu telahan aku.
Amin yang sudah siap berdoa setia menunggu di sebelah Kayu yang belum selesai solat. Amin perhatikan saja Kayu habis solat. Riak mukanya memberi makna ingin mengatakan sesuatu pada Kayu tentang kelalaian Kayu tidak mengerjakan ibadat tahiyat awal.
Sehabis urusan Kayu dalam solat. Amin menegur Kayu. "Aku menang!!"
Aku hentak lantai musolla.
Kucar kacir pelajar perempuan di kantin cari tempat perlindungan, disangka mereka gempa bumi.
1 comment:
lu sangat gampam bro..wakakakakaka
Post a Comment