Pages

Monday, March 28, 2011

Rentas Masa - 1995

Tahun 1995, waktu kanak kanak gua memang penuh dengan 'adventure' yang betul punya kanak kanak. Bukan macam zaman kanak kanak sekarang, celik mata buka facebook, henset ditangan 24 jam, buat kerja sekolah 'refer google', duit poket tak kurang rm10 sehari minta mak ayah, kena pukul sikit repot polis. Itu belum gua hujah bab henset penuh dengan video video porno. Komfem buat buat hilang henset. Kanak kanak zaman sekarang tak percaya cerita 'Transformer' cerita lama. Celaka.

Gua membesar dengan persekitaran yang semulajadi di Ulu Kinta. Cuti sekolah, bangun pagi makan runcit runcit dan terus keluar merayap. Aktiviti biasa adalah mandi air terjun dengan kawan kawan seangkatan gua, Akim Bundle & Nuar Ponek. Gua kenal perkataan lemas sejak umur 9 tahun. Bawah pada umur tu memang gua tak pernah mimpi bermain air di air terjun. Lemas gua bukan lemas saja gatal gatal pergi main air dan tak sedar ke tempat dalam. Lemas gua hasil gerakan solo abang Akim Bundle, yang secara tidak berperasaan mencampak gua dalam keadaan mulut gua penuh bihun ke dalam air. Gua takkan lupa raut wajah abang Akim Bundle dan seringainya menunjukkan lapisan gigi berterabur. Nasib baik gua tumpang kereta dia, kalau tidak dah lama abang Akim Bundle merasa penangan silat pulut gua.

Bosan dengan air berarus, minat gua beralih pada mandi lombong, di tempat gua membesar memang terkenal dengan tinggalan lombong bijih timah. Air hijau pekat, dalamnya gua tak pernah nak sukat. Aktiviti mandi lombong ni hanya untuk kanak kanak kampung tru punya. Kanak kanak yang berpeleseran dalam kem polis hutan naik basikal racing ada pelekat "tengok boleh, pinjam sorry" dan "blues untuk aku" tak berani nak join, alasan ada buaya, ek eleh. Selalunya acara mandi lombong akan berlangsung dari tengah hari hingga nak dekat Maghrib. Dan selalunya badan sorang sorang akan berbirat rotan bila datang ke surau kampung. 

Gua paling excited sekali kalau mak abah gua nak ke KL, itu time kalau dengar perkataan Kolumpo memang berderau darah, adrenalin naik mencanak. Ada satu masa gua menjerit girang, abah gua yang baru balik dari surau suruh berkemas, katanya "gi siap2 kito g kolupo male ni" gua sepantas cahaya kumpulkan baju gua dan mainan2 seperti kad happy family, tamaguchi, masa ni tamaguchi tengah naik, siapa takde tamaguchi memang kena boo kat sekolah. Dan juga permainan Saidina, hajatnya nak bermain bersama sepupu yang tinggal di KL. Yang sebenarnya abah gua tergesa gesa disebabkan pakcik gua yang tinggal di KL terkena saspek demam denggi. Tapi teruja pada perkataan KL tu mengatasi segalanya.

Oh lupa.. sambung pasal tajuk di atas. Gua nak tanya berapa kerat budak zaman sekarang yang main batang aiskrim? Gua rasa budak zaman sekarang kenal permainan batang aiskrim ni lepas tengok cerita Upin Ipin. Lepas tu pakat beli askrim batang. Gua selaku Champion batang aiskrim kampung RPA Ulu Kinta mengutuk sekeras kerasnya jenis yang terpengaruh pada cerita tv ni. Bila dah feymes baru nak main ek eleh.. Tak tru langsung. Gua rasa sebelum Upin Ipin dedah pasal permainan batang aiskrim ni, budak zaman sekarang beli dan buang batang. Tidak pun simpan sebab nak tebus hadiah. Company aiskrim sekarang pun dah pandai marketing, tawarkan hadiah menarik nak pikat budak budak beli. Patut budak zaman sekarang banyak rongak gigi. Gigi gua dulu tersusun kemas, takde rongak2. Gua tak makan aiskrim batang, gua mana ada duit nak beli. Gua minta batang aiskrim dengan Akim Bundle, ayah dia kaya. Hari hari makan coklat Cadbury.

Banyak lagi gua nak cerita tapi gua saja malas, penyakit orang melayu. Sekian.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...