Berita duit tabungan gua hilang kali kedua menjalar bak cendawan tumbuh selepas hujan di sekolah, kantin, juga menjadi bualan dikalangan pelajar tahun pertama ketika sibuk membasuh baju senior. Kutu kutu seangkatan gua dah 'aim' kutu yang rasa rasa berpotensi untuk diberi tapak kasut dan penumbuk.
Dan malamnya Miji memanggil kutu tersebut untuk berjumpa, turut serta dalam sesi bertumbuk adalah senior senior tahun 5. Senior tahun 4 memang tak 'in' dengan gua. Asal jumpa nak gaduh, asal gaduh mesti kena tampar dengan Ustaz Wan. Tapi gua langsung tak jangka kutu yang dituduh samun duit gua tu sebilik dengan gua, pelajar tahun 2. Hati gua lebih cenderung bahawa budak tahun 2 ini tak bersalah.
Sebab utama tertuduh, selalu ponteng prep dan lepak asrama. Kedua, mewah dan loker selalu penuh makanan, Tiga, hensem.. celaka faktor hensem boleh menyebabkan kutu ini dituduh. Memang tak boleh terima.
Gua cuba menyebelahi kutu bilik gua. Tapi nampak kuasa gua tak cukup untuk melawan gabungan kuasa senior tahun 5. "Woi! Duit lu ke duit gua yang hilang?" Gua bagi ayat terakhir sebelum gua bawa keluar kutu tahun 2 dari bilik penyeksaan. Lebam di badan jangan cerita. Esoknya berhenti sekolah.
Dan seminggu lepas kutu tahun 2 berhenti. Datang seorang kutu tahun 2 dari bilik sebelah, mengaku bersalah dan berjanji akan pulangkan balik duit gua. Mungkin berita budak dibelasah sebab curi duit sampai kepadanya dan dia rasa dengan cara mengaku, seksaan keatasnya dapat dikurangkan. Gua yang sedang layan dunhill masa tu tenang menghembus asap keluar tingkap asrama. "Benda dah lepas.. Lain kali jangan buat lagi.." Gua bagi nasihat ala ala ustaz pada junior gua.
Esoknya, budak tu berhenti sekolah. Gua puas hati dapat bagi 'flying kick' malam tadi.
No comments:
Post a Comment