Tahun ketiga gua di sekolah maa'had, gua ada hobi baru yang dinamakan menabung. Gua berminat menceburi bidang menabung bila gua terpandang cd2 lagu yang bertulis "Butterfingers" di satu kedai di ipoh. Bila gua dengar demo dari band ni, gua jatuh cinta pandang pertama. Jadi gua bertekad untuk dapatkan EP dari band ni. Nak minta dengan abah gua, jangan harap. Gua rasa awal2 kena makan penampar.
Aktiviti menabung gua berjalan dengan cemerlang dan mengikut prosedur yang betul. Makan gua diwaktu rehat ditaja sepenuhnya oleh kelicikan member gua menyamun nasi lemak, sauk guna tangan dari belakang dan lari, beli air pula guna modal "air dah bayar kat brader nasi lemak". Dengan cara itu, aktiviti menabung gua berjalan dengan lancar tanpa sekatan.
Dan sebagai abang2, loker gua tak pernah berkunci. Duit tabungan gua biar dalam loker, dan pelajar lain pun tahu gua menabung. Tabung gua buat sendiri guna botol air mineral, baru senang nak tengok berapa banyak duit gua ada. Bila duit2 syiling dah melepasi garis yang gua tanda dengan marker, gua akan kira semula hasil tabungan gua dan kepala dah terbayang Cd Butterfingers gua dan beberapa cd lain yang gua akan beli.
Tapi kegembiraan gua tak berpanjangan bila satu malam lepas balik prep, gua tengok duit tabungan gua lesap. Malam tu gua punya mengamuk sampai pelajar perempuan berlumba lumba keluar ke koridor 'ASPURI' untuk lihat amukan gua di 'ASPURA'. Kedua "ASPURA' dan 'ASPURI' dipisahkan oleh rumah Ustaz Wan, Pengetua Maa'had. Walaupun jaraknya dekat, belum ada yang berani untuk merentas masuk ke asrama perempuan sebab belakang rumah Ustaz Wan ada jin bernama Abu. Cuma ada seorang yang buat2 berani masuk ke ASPURI, dan keesokannya berhenti sekolah. Sebab berhenti gua tak tahu.
Mana mana kutu yang berani halang memang gua kasi penampar, senior tak senior gua tak bagi can. Senior yang faham situasi gua akan biar gua mengamuk. Yang tak faham dan buat2 tak faham akan digasak oleh gua. Junior2 menyusup keluar tidur berdua dua dengan kawan di dorm lain. Yang tinggal dalam dorm gua hanya kutu2 seangkatan dan katil yang berselerak. Sambil berbincang dan 'aim' kutu mana yang berani samun duit gua. Dalam kepala gua berat kepada menuduh brader nasi lemak di kantin sekolah, tapi tak masuk akal sebab asrama gua dikawal ketat.
Lepas kejadian tu gua start menabung smula, kali ini usaha gua tingkatkan dua kali ganda. Nasi lemak free macam biasa dan tambahan 'pow' 10 sen seorang dari junior. Dan gua puas hati bila tabung gua kembali berisi dalam masa singkat. Dalam masa sama gua dah 'aim' kutu kutu yang ada potensi untuk gua bagi makan penumbuk kalau duit gua lesap kali kedua. Dan memang jangkaan, duit tabungan gua hilang untuk kali kedua.
bersambung..
No comments:
Post a Comment