Pages

Tuesday, March 22, 2011

Burger Ustaz Zawawi dan nasi lemak Ustaz Masduqi

Tahun 2001 tahun ketiga gua di sekolah agama rakyat, Maa'had Al Ummah. Sebagai status Junior peralihan Senior, batch gua telah menjalinkan kerjasama dengan pelajar tahun kelima di sekolah tersebut. Ini adalah adat biasa disekolah asrama penuh tempat gua menimba ilmu. Pelajar tingkatan 5 bersekutu dengan pelajar tingkatan 3. Pelajar tingkatan 4 pula mencari sekutu dengan pelajar tingkatan 2. Pelajar tingkatan 1, bersamaan dengan mangsa buli.

Aktiviti yang gua jalani semasa menuntut di sekolah berasrama adalah membasuh baju, mengira hari untuk 'outing' dan berkejaran membeli 'burger' Ustaz Zawawi dan nasi lemak Ustaz Masduqi yang dijual di kantin setelah habis prep. Time tu scene membeli 'burger' Ustaz Zawawi dan nasi lemak Ustaz Masduqi memang mendapat sambutan hangat dikalangan warga warga pelajar.

'Burger' Ustaz Zawawi dan nasi lemak Ustaz Masduqi memang terkenal dengan kelazatan dan kepedasannya. Nasi lemak yang padat dengan khasiat dan pedas tahap nangis dan 'burger' mini seringgit 5 ketul memang memuaskan nafsu perut di malam hari. Kelembutan 'burger' tak dapat nak diungkap dalam bentuk penulisan. Celaka..

Sebagai abang abang, kerja membeli ni gua serahkan bulat bulat kepada tingkatan bawahan gua. Sebab gua tak berapa minat dengan aksi tolak menolak dan bersentuhan peluh di kantin. Tahun 1999, memang gua antara puluhan pelajar yang rela berhimpit demi mendapatkan sesuap makanan. Kadang kadang Senior upah gua untuk mendapatkan makanan. Dan gua akan dapat habuan, selalunya prestasi gua menjadi sandaran pada Senior2 gua dan gua memang jarang menghampakan harapan tingkatan atas gua. Mereka kenyang, gua pun kenyang free.

Cuma ada sekali dua gua terpaksa turun padang memandangkan Junior2 telah habis di'booking' oleh tingkatan atas. Pernah sekali gua suruh tingkatan 4 beli untuk gua, dan senior tingkatan atas tu menurut saja arahan gua. Bangang juga, kalau gua kena macam tu, jangan harap gua nak duduk diam. Kurang kurang gua bagi penampar.

Selalunya sesi pemilihan untuk menjadi 'runner' akan dibuat pada petang hari. Masa riadah gua akan 'aim' seorang dua pelajar tahun pertama untuk di 'sprint test'. Pelajar tahun pertama yang nampak kelibat gua di padang akan gelisah dan mengecilkan tubuh bagi gua tak nampak. Tak kurang juga yang buat2 main pasir dan uji keting di tiang lampu. Yang nampak gedebe akan lari pulang ke asrama bila nampak gua dan member sekutu gua, Miji. Kebiasaannya malam pelajar gedebe tu akan di akhiri dengan tangisan sedu dan muka berbekas tapak tangan Miji.

Dan seperti abang abang. Gua akan memberi upah pada 'runner' gua atas kecemerlangan aksinya. Kalau tak ada rezeki, gua terpaksa berlapar dan tak tahu nak marah sapa. Kalau mood baik gua pekena tidur terus. Tapi kalau gua dalam keadaan tertekan dan 'runner' gua gagal malam tu, gua tak segan segan kasi makan tapak kasut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...