"Din tu kalu masok meme nombor satu.. Kalu di kapom ni meme xdop pio buleh lawe dio." Mok Mek mengomel, sesekali menyedut rokok tembakau. Pftt.. asap keluar macam naga. Mek Munah tekun mendengar Mok Mek bercerita, sambil kadang kadang makan gambir. Mek Munah perhati bekas sirehnya. "Esok keno cari daun sireh di bende. Abih doh sireh aku." Mok Mek angguk angguk kepala tanda setuju. Asap keluar ikut hidung. Dapur kayu di rumah Mek Munah penuh dengan asap tembakau Mok Mek. Mok Mek senyap pandang atap. Sesekali dia jeling ke meja makan. Sambal ikan bilis yang dibawa tadi nampak berselera dijamah oleh cucu Mek Munah. "Baru kau tahu penangan sambal ikan bilis aku." Bisik hati Mok Mek.
"Pukul brapo doh ni Mek??" Nuar, anak Mek Munah melaung dari ruang tamu. Kerjanya sehari hari tahan tauk di bendang. Waktu malam malam begini lebih kepada telivisyen. Entah apa yang ditunggu pun tak tahu. Kucar kacir Mek Munah menilik jam. Mata tuanya tak semacam dulu. "Pukul 8.45 baru!" Idah, isteri Nuar menjawap dari dalam bilik. "Lambatnyo.. Puah doh ni!" Pekik Nuar, sesekali dikibas tangan menghalau nyamuk. "Ish nyamuk ni, buleh kakku meme aku bakar buat sate!" Mek Munah geleng kepala.
"Kalu aku panggil Din mari masok di bekwoh Mael minggu depe ok dop?" Mek Munah cuba cari benda untuk berbual. "Tra la tanyo dio, aku raso dio pree minggu depe." Balas Mok Mek, ditangannya sudah digulung rokok tembakau kedua. "Brapo skalo dio amik? Aku takut Che Midah toksey la kalu maha maha nih." Mek Munah menanya. "Muroh jah!" Mok Mek membalas kemas. Api rokok dikenakan ke tembakau. Pfft.. Hembusan satu nafas, macam naga. Mok Mek puas hati dengan bakaran kali ini, menjadi! Cucu Mek Munah terbatuk batuk kena asap tembakau, pening mungkin. "Anok mudo loni tok leh keno asap sikit, batuk slalu!" Mok Mek mengomel. Cucu Mek Munah buat tak tahu. Mungkin malas nak menyampuk.
"Pukul brapo doh??" Nuar yang sejak tadi melibas libas tangan sudah hilang sabar dengan nyamuk. Pantas Mek Munah rampas telefon bimbit ditangan Mok Mek. Tak mahu kalah dalam pertandingan menjawap paling pantas. Lebih lebih lagi dengan isteri Nuar. "Lagi 2minit nok pukul 9!" Mek Munah melaung. Di muka nampak senyum riak. Mok Mek buat tak tahu. Mek Munah bangga dengan skil kepantasannya. Terus disuap gambir banyak banyak dalam mulut. Dibalutnya sireh kedua. Pedas sireh baginya sudah biasa. Benda remeh. Jumaat malam sabtu memang begini la kebiasaannya. Makan sireh dan bercerita benda benda serius.
Idah yang sejak tadi terperap dalam bilik setelah sudah memasak tiba tiba keluar menuju ke Nuar yang sedang menekan nekan punat telivisyen mencari saluran cerita menarik. Cucu Mek Munah yang makan tak habis habis dari tadi hanya menggeleng kepala. Sudah dapat tune saluran yang solid. Laki isteri terus pekena baring depan telivisyen. Kipas angin meja ditala ke muka Nuar. Nak halau nyamuk. Tekun laki isteri tunggu iklan sebelum drama kesukaan mereka ditayangkan.
"Gerak Khas start doh ni!!" Pekik Nuar. Kucar kacir Mek Munah dan Mok Mek turut serta.
No comments:
Post a Comment