Pages

Saturday, November 1, 2014

Aku dan Betterman

Pagi hari yang redup dan bersepoikan kipas angin kenduri kelajuan dua memang buatkan kesedapan tidur yang tidak mahu diganggu hingga ke petang. Kurang lebih jam pukul 11 pagi kedengaran seseorang yang aku tidak kenal menggoncang goncang pagar kedai tempat aku tidur. Kebetulan pula pintu depan aku bukakan luas luas agar kemasukan angin luar mendamaikan lagi kemajuan tidurku. Melihatkan tiada respon dari aku, dua orang pemuda yang sudah kalut menggoncang pagar kedai mengambil tindakan meluru masuk ke dalam kedai dan segera menerpa aku. "Dik bangun dik!!" Aku lantas bangun terkejut dengan muka bersepai dan hampir membuka silat harimau, tapi memikirkan hanya berseluar boxer tak berbaju aku mengambil keputusan untuk menarik selimut menutupi aurat. "Apakah makna semua ini brader?" Aku bertanya sambil membetulkan rambut yang bersepah. Terasa marah juga bila tidur yang damai ini diganggu dengan sebegitu rupa. "Dik bangun dik! Cepat keluar ada api kedai sebelah" Panggil brader muka pucat lesi. 

Aku dalam pada itu masih terpinga pinga tak tahu nak marah ke sapa. Aku cuba bertenang dan mengingat semula langkah langkah kecemasan yang aku pelajari waktu jadi kadet bomba masa kolej dulu. Celaka betul baru aku perasan masa kadet bomba dulu aku cuma pergi berkawad dan banyaknya kena denda tekan tubi sebab lewat. Sebagai anak muda yang berwasasan, aku mengambil keputusan tenang dengan memakai seluar, baju lengan panjang, sembur minyak wangi dan betulkan rambut sikit sikit.

Bila aku keluar ternampak dua tiga polis sedang memikul alat pemadam api dan kelihatan di fius api kedai sebelah sedang meletup letup. Wah memang betul la kedai nak terbakar. Tiba tiba aku menjadi berjalan ke hulu ke hilir tak tahu nak buat apa. Lantas aku capai kunci kereta dan segera ke tingkat atas mengejutkan Betterman yang sedang tidur. Aku lihat Betterman nyenyak betul tidurnya, aku rasa dia keletihan kerana bermain konsol PS4 semalam dan kalah berat kepada Gora. Aku tolak tubuh Betterman yang besar itu kuat kuat. Dalam kepala ada juga rasa nak gerak tidur pakai kaki tapi memikirkan akibat buruk tindakan itu aku tidak jadi pakai kaki. "Bangunlah wahai men!! Bangkitlah jangan tidur lagi! Turun! Kedai tebakar!!" Jerit aku. Celaka lembut betul tubuh dia macam belon isi air. Betterman yang terkejut dengan jeritan aku bangun dengan muka bersepai.

Lantas aku turun ke bawah garaj menghidupkan enjin kereta. Orang awam yang melihat segera membuka pintu pagar luas luas dan beri laluan untuk aku keluar. Selesai mengalihkan kereta jauh jauh aku mencari kelibat Betterman di kalangan orang awam yang sedang jakun melihat api elektrik yang meletup. Ada yang mengambil gambar, ada juga yang sibuk menelefon. Aku tercari cari juga kalau ada yang mengambil kesempatan untuk berselfie, boleh aku belanja terajang sedas dua.

Kelibat Betterman tidak kelihatan, aku agak beliau sudah lari cuda dua tiga kilometer lantas aku capai telefon mudah alih dan mendail nombornya.

"Men ada mana?" Tanya aku buat buat cemas. "Aku ada dekat tingkat bawah ni, tengah makan pizza lebih semalam".


macam setan

2 comments:

MyLaDYnuR88 said...

Hakhakhak..naka crito..gaya tuh ado

elharfe said...

Meknurr ada.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...