Pages

Saturday, November 24, 2012

Noktah Cinta

Angin petang di balkoni kawasan banglo aku begitu nyaman sekali. Aku menghirup tenang baki kopi panas diiringi sedutan rokok dalam-dalam. Aku merasa perbuatan hisap rokok lepas minum air adalah sesuatu yang sangat menyegarkan. Sesekali aku perhati teman wanita aku yang asyik memberi makan ikan di kolam. Aku biarkan dia leka dengan hobinya. Katanya, di Paris sangat susah untuk melihat ikan laga. Aku cuma diam tersenyum sambil tangan mencapai baki pisang goreng.

Setelah puas bermain dengan ikan. Dia menghampiriku dengan muka manja. Rambut yang tadi diikat tocang kuda dilepas perlahan. Mukanya sedikit kemerahan mungkin kurang biasa dengan cuaca Malaysia. "Saya suka datang ke Malaysia untuk membeli belah kerana barangan disini murah murah" tutur teman wanitaku fasih berbahasa melayu. "Lagipun orang disini baik baik budi bahasanya". Sambungnya sambil menuang kopi ke cawanku.

"Kalau awak tidak keberatan, petang nanti saya bawa awak bersiar siar di pasar malam." Pelawa aku sambil menyalakan sepucuk rokok. Asap aku hembus ke tepi risau terkena mukanya yang manis. Riak wajahnya ceria bila dengar pasar malam. Pantas aku hantar what's app kepada pengawal peribadi aku untuk bersiap siap.

"Awak pergilah bersiap siap dahulu, pukul 7 nanti kita ke pasar malam." Pesan aku sambil mengusap manja rambutnya. Dia senyum lalu segera menuju ke biliknya tingkat 3. Sengaja aku bina rumah tinggi tinggi sesuai dengan taraf kehidupan aku sebagai pemilik perniagaan kapal mewah. 5 minit kemudian dia datang kembali bertemuku bertanyakan lokasi bilik air. "Disini mandi guna telaga di tingkat bawah."  Terangku tenang. "Tak ada shower?"  Soalnya.

Aku hanya menggelengkan kepala.

Selepas pada hari itu. Aku tidak mendengar sebarang perkhabaran darinya lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...