Pages

Friday, August 10, 2012

Ramadhan 2012

Ramadhan 2012 tidak kurang berbeza dengan ramadhan tahun sudah. Menu berbuka masih sama, aktiviti masih sama, cuma isu berborak lepas tarawikh saja yang sedikit berlainan memandangkan kadar peningkatan umur yang tidak dapat dielakkan tapi masih diselitkan isu isu berunsur Rakan Muda dan sedikit maki hamun pada kerajaan dan kebangangan menteri kemerdekaan tentang logo dan tema merdeka yang tak mencerminkan jati diri bangsa dan muda mudi. Sembang pasal buah dada juga ad cuma masih dalam keadaan terkawal.

Di Bandar Kota Bharu sudah terdapat tanda tanda akan terjadi rusuhan dan pergelutan di pasaraya. Pergelutan bagi gua mungkin tidak berapa cantik untuk dilabelkan pada kaum wanita. Adapun adegan tarik menarik baju raya dan baju budak budak mungkin lebih ganas berbanding bergelut dan gua percaya kaum lelaki tidak ada yang berani masuk campur dalam pertempuran bermaruah sesama hawa.

Tahun ni belum dengar lagi cerita kaum isteri bawa parang sambil memborong kain baju.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...