Pages

Wednesday, November 30, 2011

Memakan Nasik

Malam Khamis aku bersama angkatan sekutu cuba menjalinkan persahabatan akrab dengan pergi memakan nasik kerabu. Aktiviti menjalinkan persahabatan akrab ni berlangsung dengan jayanya sambil mengunyah nasik dan berbual bersulam hembusan tembakau Alfred. Tak banyak perkara yang diperdebatkan kecuali masing masing hebat memperkatakan tentang kehandalan skil menyepak bola kena palang dan berhutang satu palang 50sen. Dalam sibuk menjamah hidangan sambil berbual bersembur nasik, tangan masing-masing tetap konsisten membalas mesej makwe masing-masing di telefon bimbit. 

Nasik kerabu jika tiada keropok memang dia punya rasa kurang lengkap. Dan dalam kepala masing masing berasa memakan nasik kerabu tanpa keropok adalah perkara janggal. Silap haribulan debat rakyat tentang isu nasik kerabu tanpa keropok mungkin terpancar di telivisen. Sekarang ini pula kebanyakan stesen telivisen banyak menyiarkan cerita-cerita cinta yang bebal dan bengap yang mampu menarik trafik berat di newsfeed Facebook. Adalah lagi bagus menyiarkan debat. Perkara kecil macam ini tapi tidak diberi perhatian sewajarnya akan menjejaskan perniagaan nasik kerabu di Kelantan. Dan seterusnya orang Kelantan akan mula beralih selera makan fish and chip, paling kodi pun chiken chop kuah manis. Tak kan benda-benda semacam ini pun aku kena ajar, aku lebih suka diamkan dan biar peniaga bermenung kenapa nasik kerabunya tak berapa sohor. Kalau aku ajar selalunya lebih kaki dari mulut. Dan perang saudara berkemungkinan meledak.

Sambil menghirup rokok, mata majlis sekutu meliar menikmati aneka buah dada yang terhidang. Aku tak tahu samada aku berada di Kota Bharu bandaraya islam ataupun kota batu Kuala Lumpur. Jiwa muda kalau tak dibendung, di mana-mana pun sama. Selera berfesyen pun dah makin banyak menunya. Bertudung tapi tak litup, berbaju tapi jarang, berseluar tapi ketat. Mujurlah belum sampai tahap hendak melawan Yanet Garcia. Bila lelaki pandang, dimarahi katanya lelaki miang. Jadi bagaimana pula perlakuan perempuan yang sengaja menayang? Aku pandang berahi sambil geleng kepala. 

Lantas aku capai peralatan lepak dan meluru laju ke kaunter untuk bayar harga nasik kerabu yang disantap 2 jam tadi. Alasannya aku malas nak menambah dosa yang sedia menimbun, itupun belum tahu bila aku dapat cuci. Tangan segera menyeluk kocek keluarkan berkeping keping duit not kecil. Celaka tudung botol pun ada.

Sebelum pulang ke kediaman aku singgah di stesyen minyak, hajatnya nak menambah baki rokok yang dah berkurang. Aku seluk poket dan hempas duit depan kaunter. "brader! teh o ais satu!".

Balik bilik aku terajang pintu.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...