Pages

Friday, January 11, 2013

Tenang di Gua Musang

Gua bangun awal pagi dan mandi secara mudah mudah. Semalam gua dapat panggilan untuk turut serta ke Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Kola Lumpor. Seawal jam 10 gua bangkit sejajar kebangkitan anak muda negara. Kemudian gua melalui fasa menunggu kenderaan yang akan membawa gua ke Kola Lumpor dalam 2jam. Lebih kurang dekat dekat nak sembahyang Jumaat baru gua bertolak.

Memandangkan gua bangun dalam keadaan kelaparan, perjalanan ke Kola Lumpor tidaklah menjadi perjalanan sekali tekan minyak. Jadi rombongan gua singgah di Gua Musang untuk menikmati juadah makan tengah hari yang ala kadar. Lauk lauk semacam udang sambal petai, kailan ikan masin, belut goreng kunyit, daging masak merah dan kelah stim masam menjadi pilihan. Gua makan secara tidak berterabur bagi mengawal kadar maskulin untuk ditunjuk pada makwe meja sebelah.

Belum selesai makan, kedengaran satu bunyi dentuman yang kuat beserta bunyi serpihan kaca bertaburan di atas tar yang mudah untuk diagak oleh pengunjung kedai makan iaitu bunyi kenderaan berlaga. Lalu gua yang prihatin segera bergegas ke tempat kejadian yang hanya depan kedai makan. Kenderaan jenis wira telah melanggar sebuah lori yang mengundur. Sungguh sadis cara perlagaan 2 buah kenderaan tersebut. Lalu gua masuk ke dalam kedai menghabiskan lauk lauk dengan tenang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...