Trutt.. Trutt.. Telefon aku berdering pantas diangkat sambil jejari cekap membuat kerja editing di komputer milik syarikat tempat aku kerja. Sambil2 tu aku selit juga main game. "Hello!!" Aku menyapa tegas, sayup di hujung talian kedengaran Sibir yang entah apa buang tebiat telefon aku. Ini memang cari penyakit dan ada harapan makan sumpahan aku ketika lapar-lapar ni.
Muka aku yang berkerut berubah manis bila Sibir ajak aku berbuka puasa secara percuma. Aku memang tak lepas peluang kalau ada majlis makan yang tak melibatkan duit poket sendiri. "Ok set petang nanti aku tunggu di restoran" aku balas sambil berkira kira nak pakai baju yang sesuai.
Tepat 6.45 aku dah terpacak depan restoran. Majlis berbuka puasa dianjur oleh Exco belia ni memang menarik ramai belia belia dan NGO untuk tidak melepaskan peluang makan percuma. Di kaki lima nampak sang belia tengah bersembang hal balak. Di dalam pula tengah sibuk dengan urusan pendaftaran. Sekitar meja makan masing-masing mencari tempat duduk sesuai. Waktu makan-makan percuma ini elok rasanya aku duduk di meja yang bilangan beliawanis melebihi belia. Taktik macam ni aku dah praktik sejak kolej lagi. Bukan bermakna aku nak mengorat jauh sekali nak minta akaun facebook untuk ditambah menjadi koleksi rakan tapi kerana nafsu makan aku yang tinggi. Kalau aku duduk semeja dengan mat mat belia kadar aku bertumbuk nak dapatkan ikan pari bakar dan nasi lauk ayam memang tinggi.
Keadaan makin meriah dengan kehadiran beberapa wakil rakyat. Masing masing tak lepaskan peluang beramah mesra dan bertanyakan khabar. Aku masih lagi terpacak tak tahu nak buat apa. Tengok pada pakaian masing2 berbaju batik seluar licin, aku baju melayu berkain sarung rasa dah cukup matang untuk berdiam diri dan buat kerja main solitaire di telefon.
Ada yang bawa keluarga, ada yang cuba berkenalan dengan kawan baru. Dan ada juga yang dah siap bubuh lauk dalam nasik. Itu belum kira mat mat belia lain yang dah siap rokok di tangan padahal melihatkan jam memang waktu tak sesuai untuk buka kotak rokok. Aku rasa suasana berbuka puasa di sini meriahnya lain macam. Macam pasar raya jualan hujung tahun.

No comments:
Post a Comment