Pages

Saturday, April 9, 2011

Kredibiliti Pelajar

Kerja gua masa belajar di Ipoh pada tahun 2004 hingga 2007 adalah belajar. Selain belajar, gua juga menceburi beberapa bidang komersil yang tidak menjanjikan untung. Pada awal kemasukan gua ke kolej di ipoh, gua ditempatkan di bilik besar yang dapat menempatkan seramai 14 orang kutu. Dalam bilik tu termasuk kutu dari Kedah dan juga Kelantan.

Masa mula mula perkenalan sesama kutu, gua bertindak sebagai perantara di antara dua bangsa. Di sebabkan gua mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bahasa. Kerja gua sebagai duta menyebabkan gua sentiasa diperlukan di masa dua bangsa ini ingin berbica muka ke muka.

Jarak antara asrama gua dan tempat pengajian adalah 5 kilometer. Dan pada masa tu kenderaan pilihan adalah bas. Tapi gua memilih untuk berjalan kaki bersama sama kutu2 di dalam bilik gua. Pakaian kemas, rambut tersusun rapi, berbaju kemeja, bertali leher, seluar dockers dan berkasut kulit. Saling tak tumpah macam orang direct selling. Pehh

Selesai saja kelas, gua terus menapak ke kediaman bertaraf 5 bintang gua. Dalam kepala sudah terbayang katil empuk tanpa cadar dan gitar kapok. Pekena baring sambil petik lagu nirvana memang salah satu kegemaran gua di masa lapang.

Tapi ada juga time gua mengamuk tak tentu hala, gua sampai kolej baru nk bagitau kelas batal. Ap benda yang ada kat tangan gua memang gua hempas ke tanah serta merta. Masa tu gua tak pakai telefon bimbit lagi. Sebab tu maklumat bukan di hujung jari. Celaka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...