Tadi sejurus bola gua terus cabut dari premis bersarang member gua. Cek kocek ada rm15. Dalam kepala ada dua benda sedang menujah, 1. makan sedap dan lupakan rokok. 2. dunhill 20 dan megi. Gua bertindak bijak dengan memilih pilihan 2. Itu yang terbaik setakat ini. Gua terus capai helmet dan bergerak menuju ke motor berkuasa tinggi gua. Gigitan gigitan nyamuk gua tidak hirau. Dalam kepala sedang sangap ke rokok.
Kebetulan dekat ofis member gua ada 7-E. Gua rasa elok gua menghabiskan saki baki duit gua ke situ. Dan boleh tumpang masak megi di ofis member gua. Kebetulan sesampai gua di 7-E. Ketibaan gua disambut oleh awek awek yang juga datang membeli belah di kedai sukaramai itu. Gua tak amik port sangat benda2 awek ni. Bagi gua benda ni benda remeh. Dengan kasut dan seluar koyak gua. Peratusan awek nak memandang gua adalah 3% manakala selebihnya 97% lagi terarah kepada kepala gua dan kusyen motor berkuasa tinggi gua. Itu belum masuk dengan brek yang tak macam brek dan tongkat yang bertampung getah kerana springnya sudah patah.
Gua ambil tak endah benda2 macam ni. Gua dah biasa pandangan mengecam kutu macam awek2 td buat. Tumpuan gua cenderung ke rak rak yang menyajikan macam2 jenis megi, sambil tus air liur gua dan set dalam kepala nak taruk majerin sikit dalam megi yang gua nk masak nanti. Baru ada kick. Hajat gua nak memilih megi terasa hilang dan lebih kepada nak memberi awek2 tu makan kepala lutut gua. Celaka gelak gelak tengok gua. Pandangan bongkak macam tu gua tak boleh nak terima. Gua tak ambil masa lama untuk pilih perisa faberet gua dan terus ke kaunter, Dunhill 20! arah gua tegas. Baru ada gaya maskulin.
Awek2 yang tadi sibuk mengumpat gua pun turut serta dalam sesi pembayaran. "Berapa?" gua keluarkan suara macho gua. "RM14 bang." brader 7-E menjawap terketar ketar. "Tunggu kejap" balas gua kendur sambil menyeluk saku seluar. "Banyak sangat barang dalam kocek" sambung gua. Gua tarik duit sama kunci kereta ferari gua. Awek yang dari td gelak sampai lenguh gusi nampak terkejut. Tak cakap banyak, awek terus bayar harga belian dan terus ke Satria Neo.
Sampai opis, gua tendang pintu lift 3 kali tanda puas hati.
No comments:
Post a Comment